Bila dah jadi artis, secara tidak langsung seseorang itu akan menjadi public figure kepada masyarakat. Apa saja yang mereka lakukan akan mendapat perhatian Kalau buat salah sikit, ianya akan terus menjadi kontroversi walaupun perkara itu belum pasti betul atau tidak. Berikut antara 5 artis Malaysia yang paling kontroversi.
1. Rita Rudaini
Bila sebut saja nama ini, ramai yang akan terbayang kisah rumahtangga Rita bersama pemain bola sepak sensasi negara, Aidil, yang sering menjadi kontroversi. Mula-mula merka dikaitkan dengan kes kawin lari. Kemudian kes gaduh terutama melalui laman sosial seperti Twitter sesama suami isteri yang berlarutan sehingga membawa kepada perceraian. Lepas cerai, timbul lagi kontroversi tak puas hati Rita terhadap Aidil.
2. Saiful Apek
Siapa tak kenal dengan pelawak negara yang pernah memenangi anugerah paling popular berita harian ini. Namun di sebalik kejayaan sebagai seorang pelawak, pelakon dan penyanyi, Apek juga pernah dikaitkan dengan kes penyalahgunaan dan pengedaran dadah. Selain dadah, Apek juga pernah dikaitkan bergaduh dengan David Teo.
3. Ashraf Muslim
Pelakon ini memang antara pelakon paling kacak di Malaysia. Baru-baru ini Ashraf menjadi bualan ramai selepas berkhawin kali kedua di Thailand tanpa kerelaan isteri pertamanya. Walaupun pada mulanya Ashraf menafikan hal ini namun akhirnya gosip yang bertiup kencang itu terbongkar juga.
4. Fida Ibrahim
Mungkin dia pendatang baru dalam industri seni tanah air tapi nampaknya dia lebih popular disebabkan kontroversi berbanding prestasinya. Sebelum ini pernah dihentam peminat gara-gara cara pemakaianya yang ketat dan kurang sesuai bagi dia yang sering tampil dengan imej bertudung. Terbaru, dia dikaitkan lagi dengan kontroversi lari dari set penggambaran hanya kerana tidak puas hati dengan skrip lakonan. Selain itu dia juga dikatakan berlagak diva selepas sering merungut mengenai tempat tinggal yang disediakan kru penggambaran.
5. Jamal Abdillah
Dia adalah penyanyi ikon tanah air namun kes penyalahgunaan dadah yang dialaminya telah mengguris sedikit sebanyak reputasinya itu. Penyalahgunaan dadah artis ini berlarutan begitu lama sehingga dia berkali-kali dimasukkan ke pusat pemulihan dadah.
Bila sebut pasal artis, memang dah lumrah mereka tidak dapat lari dari kontroversi dan melalui kontroversi juga lah mereka mencipta nama. Lagi pun majalah-majalah dan portal hiburan lebih suka menyiarkan berita sensasi artis berbanding berita artis buat amal. Senarai kat atas ini hanyalah berdasarkan kepada pendapat penulis saja.
Mungkin anda nak juga tenogk model kontroversi antarabangsa ini...Miranda Kerr
Produk DUMEX dilanda kontroversi tapi pengguna ini lain ceritanya..tengoklah..