Sedang namanya menjadi buruan ramai pengarah dan penerbit, tiba-tiba pelakon Izzue Islam dihambat dengan dakwaan dia kini kononya sudah kurang berdisiplin. Anggota kumpulan Forteen ini dikatakan sering datang lewat ke set penggambaran.
Bertemu Izzue ketika di sesi fotografi filem Hantu Tok Mudim di KRU Studios semalam, Izzue mengakui dia memang dia pernah datang lewat ke set penggambaran. Namun kelewatannya itu tidaklah sampai menjejakkan perjalanan penggambaran atau pun membuat mana-mana pelakon lain perlu menunggu lama.
"Ini pertama kali saya dengar dakwaan sebegini. Tak dinafi saya pernah datang lewat ke set. Tapi bagi saya itu biasalah tu sebab kadang-kadang saya balik lewat dari penggambaran dan terlajak tidur. Lagipun kelewatan saya tak pula menjejaskan penggambaran. Setakat ini saya tak pernah lagi kena tegur atau menerima rungutan dari mana-mana pengarah atau produksi", katanya membidas mengenai dakwaan tersebut.
Jelas Izzue lagi, dari awal dia memang tidak pernah mengambil banyak tawaran berlakon dalam satu masa. Ini kerana da sedar yang dia perlu membahagikan masanya antara berlakon dan nyanyian.
"Saya memang tak ambil tawaran banyak dalam satu masa. Saya pasti satu tawarn ni selesai baru saya ambil tawaran lain. Mungkin saya juga silap dan tak tersedar yang saya terlambat ke set. Saya akan perbaiki sikap selepas ini", katanya. - MalaysianDigest
Dah cuba pelbagai produk kesihatan kulit tapi tak menjadi...rasanya New York Skin Solution boleh bantu kot...cuba lah try test!