4 Cara mengetahui si lelaki sudah jatuh cinta pada anda | Boros Di Aralom

Jumaat, 18 Oktober 2013

4 Cara mengetahui si lelaki sudah jatuh cinta pada anda

Bila seorang lelaki jatuh cinta, memang tidak rumit untuk mengetahuinya. Berikut ada 4 cara untuk mengetahui adakah si dia sudah jatuh cinta dengan anda atau tidak.


1. Lihat tingkah lakunya.
Agak mudah untuk membaca lelaki yang sudah jatuh cinta berbanding wanita yang jatuh cinta. Lelaki biasanya akan membuktikan cintanya dengan tingkah laku yang menunjukkan bahawa dia mengambil berat tentang anda. Contohnya, dia akan membelikan anda bunga atau coklat dan akan meluangkan lebih masa bersama dengan anda tanpa banyak soal.
2. Lihat gerak-geri dan riak mukanya.
Kalau si dia selalu buat muka bosan, selalu main handphone, dan mudah tersinggung dengan perkara kecil, maka jelas dia memang 'not in love'. Jika si dia benar-benar sudah jatuh cinta, dia akan sering merenung anda (lain lah kalau dia tu pemalu), menyentuh tangan atau rambut anda dengan lembut (tapi haram kalau belum kawin), dan memberi senyuman paling manis ketika anda senyum padanya, memang sah dia sudah jatuh cinta dengan anda.

3. Cuba uji dia. 
Adalah menjadi norma kepada suatu hubungan cinta bahawa si lelaki akan terlebih dahulu mengakui cintanya kepada si wanita. Jadi kalau si lelaki itu belum meluahkan perasaan kepada anda, cuba lah beri dia hint tentang sesuatu yang anda dan dia minati bersama. Kalau dia tetiba mengajak anda keluar main bowling sebab anda juga suka main bowling, maka itu adalah petanda bahawa dia memang serius mahu mengenali dan ingin selalu dekat dengan anda.

4. Dengar suara hati anda.
Anda tahu seorang lelaki itu mencintai anda dengan merefleksikan apa yang si dia sudah lakukan terhadap kamu. Kalau anda sering senyum lebar sampai telinga, tidur asyik termimpikan dia, makan asyik terbayangkan dia, dan mandi asyik menyanyikan lagu cinta, nah! maksudnya si dia sudah melakukan sesuatu yang buatkan anda jatuh cinta dengan dia. 
Tapi kalau anda asyik merasa sedih, sengsara dan selalu komplen pasal si lelaki itu, maksudnya dia bukan lah lelaki yang sesuai untuk anda. Elok lupakan saja kerana si dia tidak mencintai anda pun. 

Namun demikian, para wanita adalah dinasihatkan untuk lebh berhati-hati apabila masuk soal cinta ini. Banyak lelaki 'buaya' kat luar tu. Mulanya mulut si dia sangat manis seperti gula tapi akhirnya buatkan hidup anda jadi sepahit hempedu. Paling bagus kalau memulakan sebarang hubungan anda itu dengan doa.  Pahit manis kehidupan diharungi bersama.


Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...