Anda suka makan daging? itu normal dan tidak salah. Tapi kalau anda suka makan daging manusia, maka anda adalah seorang kanibal zaman moden.
Berikut adalah 5 manusia yang pernah dicop sebagai kanibal kerana melakukan jenayah ala-ala kanibal.
1. Charles Baker
Ketika sedang berada di bawah pengaruh dadah (mabuk), lelaki berusia 26 tahun ini mengamuk di halaman rumahnya di Florida, USA. Ketika seorang lelaki cuba menenangkannya, Charles dengan pantas menyambar tangan lelaki itu dan kemudian memakannya. (link)
2. Rudy Eugone
Lelaki berusia 31 tahun ini ditembak oleh polis dan kemudiannya mati di tempat kejadian kerana tidak menghiraukan amaran polis supaya berhenti memakan muka seorang lelaki di Miami. (link)
3. Alexander Kinyua
Pelajar Morgan State University berusia 21 tahun ini ditahan dan didakwa atas kesalahan berat membunuh rakan sebiliknya. Dia kemudian memakan jantung dan otak mayat rakan sebiliknya itu. (link)
4. Jaime Vigil
Dia dituduh membunuh seoraang mangsa yang tidak dikenali dan kemudian memakan separuh dari muka mangsanya. (link)
5. Mao Sugiyama
Jenayah kanibalism bukan hanya merujuk kepada mereka yang memakan daging manusia. Di Jepun, seorang lelaki bernama Mao Sugiyama yang menganggap dirinya 'asexual' telah membuat pembedahan untuk membuka alat sulitnya. Dia kemudia memasak alat sulitnya itu dan menghidangkan kepada 5 tetamunya yang 'bertuah'. (link)
Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...