5 Permainan komputer PC yang paling popular di kalangan game addict Malaysia | Boros Di Aralom

Rabu, 30 Oktober 2013

5 Permainan komputer PC yang paling popular di kalangan game addict Malaysia

Jujur! saya memang suka main permainan komputer terutamanya game main bola seperti FIFA dan ProEvolutionSoccer. Kekadang saya main juga kat PlayStation. Siap beli PS1 dan PS2 lagi. PS3 pulak, saya belum bercadang nak beli... Tak tau lah kenapa permainan ini sangat seronok. Hanya mereka yang suka main game jer tahu perasaan ini.. heee..

Anyway, dalam entri ini saya nak berkongsi 5 jenis permainan komputer PC yang paling popular di kalangan game addict kat Malaysia sekarang.

1. FIFA14
Nah! tak hairan kenapa FIFA14 ini menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Bukan sahaja negara kita malah juga di seluruh dunia terutama mereka yang kaki bola memang menanti-nantikan game ini. 



2. PES14
Bola lagi...bagi saya lah kan, ProEvolutionSoccer punya gameplay lagi gempak berbanding FIFA. Salah satu kekurangan yang jelas ialah pada nama pasukan dan jersi semua pasukan dalam EPL amnya. Disebabkan lesen copyright, maka Arsenal pun jadi North London, Man City jadi Man Blue, Chelsea jadi London FC, Liverpool pulak jadi Merseyside Red, dan semua team lain pun begitu lah keadaannya kecuali Manchester United. Tapi nama dan rupa pemain tidak diubah. Jersi mereka pun plain tak der logo. Mungkin ini lah salah satu sebab kenapa ramai yang memilih FIFA yang lebih sempurna itu.

>> Kalau main game dengan anak-anak, keluarga anda bahagia tak??



3. Counter Strike
Selain bola sepak, game tembak-tembak ni pun ramai yang suka main. Tapi kalau saya, tak boleh main gameplay macam Counter Strike ni sebab tak sampai 5 minit main, kepala saya dah pening. Huhu..kesian.

>> Jangan terlalu leka main game, nanti kerja sekolah tak siap,  susah nak masuk INTI College nanti..



4. Saints Row
Game ini pun pasal tembak-tembak juga tapi benda yang ditembak itu adalah makhluk asing serta makhluk yang memiliki superpower gitu. Gameplay memang okay dan tidak memeningkan kepala. Melainkan kalau anda tak henti-henti main sampai 5 jam.


5. Grid 2
Game ini adalah jenis lumba-lumba kereta gitu. Macam biasalah, anda kena berlumba kereta untuk merebut mahkota kejuaraan fiksyen World Series Racing. Kalau anda pernah main Grand Turismo, Grid 2 ini ada persmaannya sikit. Cuma gameplaynya lagi awesome lah.
So, sebenarnya masih banyak permainan komputer yang popular di kalangan kita kat Malaysia seperti Battlefield 3, Diablo, Assassins Creed, Snipers, FIFA Manager 13, The Sims 3, dan banyak lagi lah. Kalau korang nak beli, beli lah yang original kalau nak kan game experience yang lebih baik. Kalau beli yang burn, memang banyak masalah terutamanya bab install dan license keys. Kalao korang berminat nak beli permainan PC secara online, boleh kunjungi LAZADA atau kelik saja banner kat bawah ni.




Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...