5 petua mujarab menguruskan badan secara semulajadi | Boros Di Aralom

Rabu, 30 Oktober 2013

5 petua mujarab menguruskan badan secara semulajadi

Berat badan berlebihan memang memberi banyak masalah kepada seseorang. Bukan sahaja memberi kesan kepada keyakinan diri malah ia juga akan menambahkan risiko mendapat penyakit yang serius.


Dalam entri ini, saya nak berkongsi 5 petua untuk membantu menguruskan badan atau mengekalkan berat badan ideal. 

1. Minum banyak air
Ya, minum air adalah salah satu petua mujarab untuk mengurangkan berat badan. Minum sekurang-kurangnya 7-8 gelas air sehari. Sebelum makan juga, anda boleh minum air supaya cepat kenyang. Begitu juga sebelum dan selepas anda bersenam.

2. Kecilkan saiz pinggan
Tahukah anda bahawa otak kita ini mudah tertipu dengan saiz pinggan yang kita gunakan. Apabila pinggan itu penuh, otak kita juga akan mengatakan bahawa perut kita akan penuh dengan kuantiti makanan yang ada dalam pinggan tersebut. Jadi, ambil perhatian dengan saiz pinggan jika anda mahu menguruskan badan.

3. Berjalan
Berjalan lebih baik dari duduk. Kalau anda bekerja di pejabat yang memerlukan anda duduk sepanjang hari, ambil lah sedikit masa untuk mundar mandir merehatkan minda. Atau pun gunakan tangga ketika datang dan pulang dari kerja. Kalau tempat kerja anda tak sampai 2 kilometer dari rumah, elok lah berjalan saja.

4. Berlari
Berlari lebih baik dari berjalan. Ambil masa sekitar 30 minit sebanyak 3 kali seminggu untuk bersenam dan berlari. Lebih lama lebih baik.

5. Banyakkan makan sayur dan buah-buahan
Pastikan juga sayuran itu dimasak tanpa menggunakan minyak, gula, dan garam yang berlebihan. Lebih baik gunakan teknik mengukus. 


Selain 5 petua menguruskan badan kat atas ni, mungkin anda juga boleh membuat jadual atau weight loss diary untuk tracking jumlah penurunan berat badan. Dan satu lagi perkara yang perlu anda ambil kira ialah untuk menurunkan berat badan, anda perlu ada motivasi. Want to change your weight? change your lifestyle first..


Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...