1001 Kerugian! Penganjur konsert Kesha rugi besar selepas konsert dibatalkan saat akhir | Boros Di Aralom

Ahad, 27 Oktober 2013

1001 Kerugian! Penganjur konsert Kesha rugi besar selepas konsert dibatalkan saat akhir

Sebelum ini, kedatangan penyanyi seksi, Kesha, ke Malaysia memang banyak digembar-gemburkan termasuk lah promosi video lelaki pondan di Youtube. Namun kepada semua peminat Kesha yang dah beli tiket, korang harus terima kenyataan bahawa dia tidak akan dapat membuat persembahan kerana permit konsertnya di Malaysia dibatalkan pada saat-saat akhir.

Malaysian Digest Livescape Sdn Bhd iaitu penganjur konsert artis rap Amerika Syarikat, Kesha (Ke$ha) mendakwa kerugian lebih RM1 juta apabila Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) tidak meluluskan permit konsert berkenaan kurang 36 jam sebelum acara berlangsung.
 
Konsert yang diberi nama Kesha Warrior Tour itu sepatutnya diadakan di Stadium Negara pada Sabtu pukul 8.30 malam.
 

Livescape dalam satu kenyataannya kepada media pada Jumaat malam berkata, pihaknya amat kesal kerana permohonan permit yang dikemukakan pada 10 September lalu ditolak pada saat-saat akhir.
 
“Kami kesal kerana surat permohonan menolak permohonan kosnert berkenaan hanya diterima pada pukul 11.24 pagi ini (Jumaat) bersama dua lagi surat yang sama bertarikh 1 Oktober dan 18 Oktober lalu.
 
“Pada masa kenyataan ini ditulis, kami masih belum menerima penjelasan rasmi kenapa konsert berkenaan tidak dibenarkan,” kata kenyataan itu tersebut
 
Sebagai penganjur yang berpengalaman mengendalikan lebih 100 konsert antarabangsa, Livescape Sdn Bhd berkata pihaknya sudah mengemukakan pelbagai dokumen dan bersedia mematuhi segala garis panduan pertunjukan artis luar yang disyaratkan oleh Puspal.
 
Malah katanya pihak Kesha juga telah bersetuju untuk mengadakan persembahan bersesuaian dengan budaya negara ini selain menghormati sensitiviti masyarakat Malaysia.
 
“Ia termasuklah kesanggupan Kesha membuat perubahan kepada lirik lagunya, pertukaran kepada almari pakaian serta mengubah beberapa peraturan tertentu sebagai menghormati garis panduan ditetapkan pihak berkuasa,” katanya.
 
Ujar kenyataan itu lagi, pembatalan konsert pada saat-saat akhir mendedahkan promoter pertunjukan kepada kerugian yang tinggi walaupun pihaknya berhasrat untuk membantu negara dalam mempromosikan negara sebagai destinasi muzik ‘live’ berdaya maju selain kempen Tahun Melawat Malaysia 2014.
 
Berikutan itu katanya, pihak penganjur akan membayar balik harga tiket yang dibeli penonton termasuklah menawarkan bayaran balik perjalanan kepada mereka dengan syarat-syarat tertentu akibat pembatalan konsert berkenaan.
 
Orang ramai boleh melayari www.facebook.com/livescapeasia untuk maklumat lanjut.
 
Kesha atau nama sebenarnya Kesha Rose Sebert, 26, terkenal dengan imej seksinya ketika membuat persembahan.
 


Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...