1001 Gambar Pegawai Bank Maut Ditembak, Sudah lah jangan sebar gambar tu lagi | Boros Di Aralom

Jumaat, 25 Oktober 2013

1001 Gambar Pegawai Bank Maut Ditembak, Sudah lah jangan sebar gambar tu lagi

Memang kecoh kelmarin mengenai berita gempar pegawai bank ditembak mati oleh pengawal keselamatan yang merompak sebuah bank di USJ Sentral 2.

Mangsa bernama Norazita Abu Talib, 37, maut di tempat kejadian selepas ditembak dari jarak dekat di bahagian kepalanya oleh suspek yang dikenali sebagai Ardi Hamza. Selepas kejadian itu, memang banyak sangat blog dan akhbar terutamanya media online yang menyiarkan gambar dan video mengenai kejadian tersebut. 

Biasalah kalau media ni, dah kerja mereka beri informasi dan nak kan perhatian lebih, mahu juga dedah itu ini walaupun selalunya benda itu kurang sesuai dipertontonkan terutama kepada keluarga mangsa yang masih trauma. Bukan sahaja keluarga mangsa, malah juga kepada kakitangan bank lain yang turut berada dalam ketakutan selepas melihat rakan mereka ditembak depan mata mereka sendiri.

Kejadian ini bukan direka macam filem aksi tembak menembak. Kejadian ini berlaku di alam realiti. Secara peribadi, memang agak terkejut dan menyedihkan bila membaca berita tragis ni. Apa lagi di pihak mangsa. Mungkin tiada siapa yang lebih sedih berbanding suami mangsa yang turut meminta agar media berhenti menyebarkan gambar dan video rompakan maut tersebut.

Apa yang mampu kita buat sekarang ialah berusaha memberi bantuan bukan sahaja kepada keluarga mangsa yang sedang bersedih tapi juga kepada pihak polis yang masih berusaha mencari penjenayah tersebut.

Ya, dia MASIH BEBAS, MEMILIKI SENJATA, dan bila-bila saja dia boleh bunuh orang lain pulak...

Gambar mangsa tidak akan disiarkan di sini, kalau nak tengok, cari saja kat Google, tapi gambar suspek ada kat bawah ni. Kalau korang nampak dia elok call 999 cepat. Menurut laporan, dia mungkin masih berada di sekitar Selangor.
Ardi Hamza ic palsu
Selain kes rompakan maut ni, tak sampai 24jam, negara dikejutkan lagi dengan kes bunuh yang menyebabkan dua mangsa maut selepas ditikam seorang lelaki yang dikatakan kurang siuman. Tapi suspek sudah ditahan dengan bantuan orang ramai. 

Apa pula kata menteri lepas ni? MALAYSIA MASIH AMAN!!!

>> Kalau korang rasa panas, makan lah aiskrim Magnum ni dulu...


Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...