Kereta Jimmy Shanley kena bakar | Boros Di Aralom

Selasa, 8 Oktober 2013

Kereta Jimmy Shanley kena bakar

Kesian pula dengan selebriti seorang ni. Keretanya ditemui rentung. Tapi tak perlu lah risau sangat sebab mungkin Jimmy ada bayar insuran jugak.. 


IPOH - Kereta model Chevrolet hitam yang dipercayai milik selebriti tanah air, Jimmy Shanley Norhajan Saleh, 33, ditemui dalam keadaan rentung oleh orang awam berhampiran Batu 5 1/2, ladang kelapa sawit Kota Bahru, di sini, hari ini.

Pengakuan seorang pengguna DUMEX...biar betul!

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata,  Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar menerima maklumat lebih kurang jam 7.30 pagi selepas mendapat panggilan daripada orang awam.

Menurutnya, sepasukan anggota peronda yang dikejarkan ke tempat kejadian menemui kereta berkenaan yang dilaporkan hilang di Simpang Pulai kira-kira tujuh jam yang lalu.

“Pihak kami bertindak mengenal pasti nombor casis pada kenderaan tersebut dan melakukan semakan susulan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengetahui pemiliknya,” katanya.

Seluar jeans Levis REVEL paling fleksible..tengoklah..

Kong Soon berkata, kereta itu sebelum ini dilaporkan hilang malam semalam di Simpang Pulai, sebelum laporan dibuat Jimmy di Balai Polis Simpang Pulai.

Katanya, setakat ini polis tidak menemui sebarang objek yang digunakan suspek untuk membakar kenderaan tersebut dan tiada barang milik mangsa yang terselamat dalam kejadian itu.

“Kes tersebut kini diambil alih oleh IPD Ipoh dan Jimmy akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes berkenaan dalam masa terdekat,” katanya. - Sinar Harian