5 Berita paling pelik hari ini | Boros Di Aralom

Isnin, 14 Oktober 2013

5 Berita paling pelik hari ini

Berikut antara 5 berita pelik hari ini yang sempat saya kongsikan bersama anda.

1. Kedai jual tangan 'second hand'
Jika anda mahu membeli tangan, otak, kepala, atau rantai yang diperbuat dari gigi manusia, kini anda boleh mendapatkannya di sebuah kedai khas menjual barang pelik bernama Obscura Antiques & Oddities di New York. Berita penuh kat Huffingtonpost


2. Sekolah membatalkan sesi persekolahan kerana cuaca 'sangat' baik
Seorang guru besar memutuskan untuk membatalkan sesi persekolahan kerana cuaca sangat baik pada hari tersebut. Baca lagi kat Huffingtonpost


3. Wanita menelefon 911 kerana terlalu mabuk untuk keluar dari kereta
Wanita berumur 55 tahun terperangkap dalam keretanya selama lebih empat jam. Apabila pasukan keselamatan sampai dan menanyakan sama ada kereta wanita itu mengalami masalah mekanikal, dia dengan selamba menjawab, "Tidak, saya cuma terlalu mabuk untuk keluar dari kereta". Laporan penuh di Metro UK


4. Nenek telefon 999 kerana membaling gigi palsunya pada anjing
Seorang nenek membaling segelas air melalui tingkap rumahnya pada beberapa ekor anjing yang sedang menyalak di luar tanpa menyedari gigi palsunya berada dalam gelas itu. Baca lagi kat Ekpress UK


5. Penyamun gagal tarik mesin ATM guna lori
Sekumpulan penjenayah berputih mata selepas usaha melarikan mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah stesen minyak di Kampung Baru Subang, Sungai Buloh awal hari ini dibantutkan oleh bunyi alat penggera. Baca lagi kat hMetro

Hmmm...ada yang pelik dan ada yang tak berapa pelik. Pasal ATM tu tak lah pelik sangat. Cuma bodoh je penyamun-penyamun tu. Hohoho...


Anda suka entri ini? sokong lah kami di Facebook juga...