Kita mungkin mengalami satu dua fobia minor dalam kehidupan. Disebabkan fobia inilah kita jadi tidak keruan setiap kali berhadapan dengannya. Berikut merupakan 5 jenis fobia yang paling ditakuti.
1. Agyrophobia (Takut melintas jalan)
Orang yang mengalami Agyrophobia mengalami ketakutan untuk melintas jalan raya, lorong, atau apa-apa jenis jalan. Keadaan ini menyebabkan mereka sukar menyesuaikan diri dengan kehidupan di kota.
2. Mageirocophobia (Takut memasak)
Mereka yang mengalami fobia ini akan menjadi sangat tertekan apabila bercerita mengenai masakan. Mereka juga kurang senang bercampur dengan mereka yang pandai memasak. Dan paling teruk, mereka sukar hidup sendiri kerana tidak pandai memasak.
3. Pediophobia (Takut pada patung)
Mereka merasa jengkel dengan patung. Bukan hanya takut pada patung yang menakutkan tapi mereka juga takut pada semua jenis patung. Termasuklah patung Barbie dan patung tempat display pakaian di shopping kompleks.
4. Eisoptrophobia (Takut pada cermin)
Mereka yang mengalaminya akan berasa sangat tertekan apabila berhadapan dengan cermin kerana mereka takut kalau-kalau diri mereka berhubung dengan dunia alam lain melalui cermin. Kalau anda takut tengok cermin waktu malam, maknanya anda ada minor fobia ini.
5. Cathisophobia (Takut nak duduk)
Mereka yang ada fobia ini menjadi takut kalau-kalau ada benda tajam pada tempat duduk yang akan mencederakan punggung mereka. Antara simptomnya ialah berpeluh, sukar bernafas, dan kebimbangan.
Jangan risau kalau anda ada mengalami fobia di atas. Kalau setakat fobia nak melintas lebuh raya sesak, hampir semua orang pun mengalaminya. Bahaya kalau nak melintas lebuh raya tu..