Menjadi raja sehari memang idaman kebanyakkan orang. Tapi apabila sesuatu yang tidak diingini berlaku, ianya pasti akan menjadi peristiwa pahit yang sukar dilupakan.
Berikut antara 5 kisah pengantin yang tidak sepatutnya berlaku..
1. Pengantin perempuan tersalah lakukan hubungan seks malam pertama dengan lelaki lain.
Seorang pengantin wanita tidak menyangka bahawa dia sudah melakukan hubungan seks dengan lelaki yang disangkanya adalah pengantin lelaki pada malam pertama mereka. Pengantin perempuan itu yang dikenali sebagai Huang saja, dikatakan pergi ke bilik mandi pada awal pagi selepas malam majlis perkahwinan. Dia dengan seronok kembali ke bilik yang disangka biliknya dan mula meraba lelaki berkenaan yang disangka suaminya. Sebenarnya lelaki itu ialah pengapit suaminya ketika majlis perkahwinan mereka dan dia tidak menyedari bahawa dia sudah mengadakan seks hinggalah sejurus selepas hari mula cerah. (link)
2. Pengantin lelaki tertinggal isterinya di stesen minyak ketika berbulan madu
Pergi berbulan madu selepas melangsungkan perkhawinan memang suatu yang romantik dan menyeronokkan kedua pengantin baru. Tapi bila si pengantin lelaki terlupa dan tertinggal isterinya semasa mengisi minyak dalam perjalan pulang dari bulan madu, ianya suatu pengalaman yang memang tidak boleh dilupakan. Tapi jangan risau, si pengantin lelaki akhirnya tersedar akan 'kehilangan' isterinya selepas memandu selama berjam-jam seorang diri. (link)
3. Majlis perkhawinan diganggu lelaki yang memotong kemaluannya sendiri di dalam gereja
Satu majlis perkhawinan yang dilangsungkan di sebuah gereja terpaksa ditangguh selepas seorang lelaki bogel meluru masuk dan kemudian memotong kemaluannya sendiri. (link)
4. Pengantin wanita bunuh suaminya selepas baru 8 hari berkhawin
Pengantin baru ini memang sudah tidak dapat mencari jalan penyelesaian dari masalah rumah tangga mereka yang baru berumur 8 hari. Wanita tersebut menjadi sangat malu untuk bertemu dengan keluarga suaminya kerana si suami mahu menceraikannya ekoran dari masalah tersebut. Jadi untuk mengelakkan dari mendapat malu, si isteri dengan sengaja membunuh suaminya dengan menolak dia ke dalam gaung di sebuah taman. (link)
5. Tetamu mati kerana keracunan makanan ketika kenduri kahwin.
Tiga orang termasuk seorang kanak-kanak dan warga emas meninggal dunia, manakala dua lagi kritikal dipercayai akibat keracunan makanan selepas menikmati jamuan di majlis kenduri kahwin di sebuah rumah di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Sungai Petani, Kedah. (link)
Semua senarai ini tidak bermaksud untuk menyinggung mana-mana pihak. Ianya hanya sebagai perkongsian berbentuk informasi untuk tatapan bersama sahaja. Sekian.
Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...