5 Sebab kenapa Facebook adalah lubuk duit perniagaan anda | Boros Di Aralom

Jumaat, 11 Oktober 2013

5 Sebab kenapa Facebook adalah lubuk duit perniagaan anda

Kini ramai usahawan tak kira yang menjual produk fizikal atau digital menggunakan Facebook sebagai medium utama memasarkan produk mereka. Tidak dinafikan bahawa jual barang di Facebook memang sangat-sangat menguntungkan. Tak perlu ada blog dan website pun orang dah boleh buat duit. 

Di sini ada 5 sebab kenapa Facebook adalah lubuk duit perniagaan anda.

1. Lebih 80% dari 835juta pengguna Facebook adalah aktif. 
Malaysia berada di ranking ke-17 dengan jumlah akaun aktif melebihhi 12 juta. Maksudnya 1 dari 3 orang rakyat Malaysia adalah aktif di Facebook. Bagaimana boleh anda lepaskan prospek besar seperti ini?

2. Pemasaran viral mudah. 
Facebook kini menjadi wadah perkongsian paling berkesan. Sebab itu wujud platform pengiklanan sosial seperti 8Share dan Churp-churp. Ini kerana mereka sedar akan kuasa viral yang berlaku dari perkongsian sesama rakan di Facebook. Jika dibandingkan antara Facebook, Twitter dan Blog, Facebook adalah yang paling berpengaruh. Kesannya hampir sama dengan 'word of mouth'.

3. Kos murah. 
Anda boleh mengiklankan produk dengan kos yang rendah malah juga secara percuma. Jika anda memilih untuk buat iklan FB Ads, kosnya sangat murah serendah RM0.03 per klik saja. Sangat murah berbanding Google dan pengiklanan di blog. Bandingkan jika anda beriklan di laman web bertrafik tinggi seperti portal berita, Untuk sehari mereka akan caj RM100 ke atas. Dan belum tentu ada yang klik. Apa lagi nak beli produk anda.


4. Pasaran tertumpu berdasarkan data demografi. 
Perasan tak anda dengan iklan-iklan yang keluar di sidebar akaun Facebook anda? Kebanyakkannya adalah iklan yang berkaitan dengan apa yang kita suka dan yang berkaitan dengan diri kita (jantina, asal, pekerjaan, kelayakkan, dan sebagainya). Sistem Facebook biasanya akan mengeluarkan iklan di akaun anda berdasarkan kepada apa yang pernah anda "LIKE" sebelum ini. 

5. Cepat dilaksanakan.
Salah satu sebab kenapa ramai usahawan memilih Facebook Ads ialah kerana ianya sangat cepat dilaksanakan. Macam tulis status kemudian publish. Hanya ambil masa beberapa minit saja. Yang hebatnya, iklan anda itu boleh pula mendapat ratusan malah ribuan pengunjung dalam masa kurang sejam.


Tapi anda harus ingat bahawa buat iklan di Facebook memerlukan teknik yang berkesan. Bukan main hentam spam sana-sini. Salah satu teknik yang perlu anda kuasai ialah teknik menggunakan Headline, Body, dan Image yang mampu menarik perhatian prospek. Selain itu, iklan juga akan berkesan bila dilakukan pada masa-masa puncak di mana pengguna Facebook adalah tinggi. Kalau anda ingin menguasai teknik pengiklanan di Facebook ini, boleh dapatkan DVD Latest FB Ads Marketing yang dihasilkan oleh pakar pengiklanan Facebook, En. Jamaluddin Bahari.