5 Manusia paling berpengaruh yang tak pernah hidup pun | Boros Di Aralom

Isnin, 7 Oktober 2013

5 Manusia paling berpengaruh yang tak pernah hidup pun

Selama ini kita sering dihidangkan dengan cerita-cerita mengenai indivicu-individu tertentu yang seterusnya mempengaruhi minda kita. Pada hal mereka bukannya makhluk yang pernah hidup di dunia ini. Berikut adalah 5 manusia paling berpengaruh yang tak pernah hidup.

1. Santa Claus
Di dunia Barat, Santa Claus sangat popular terutamanya ketika tiba musim perayaan Krismas. Mereka terutamnya kanak-kanak percaya bahawa jika mereka berkelakuan baik, Santa Claus akan datang ke rumah mereka untuk memberi hadiah. Pada hal, Santa Claus sebenarnya tidak wujud pun.



2. Barbie
Barbie memang sangat terkenal sebagai patung permainan di kalangan kanak-kanak perempuan. Barbie dijadikan sebagai sahabat mereka dan mereka boleh buat apa sahaja dengan patung tersebut. Disebabkan sifat patung Barbie yang fleksible dan menawan, Barbie kini menjadi pengaruh kepada bagaimana para remaja perempuan berkelakuan dan cara mereka berpakaian. 

3. Romeo dan Juliet
Memang tidak dinafikan bahawa Romeo dan Juliet menjadi simbol kepada 'hubungan cinta yang sempurna' bagi kebanyakkan orang. Kebanyakkan pasangan kekasih akan melihat hubungan mereka itu sangat romantik seperti Romeo dan Juliet dan akan menaruh harapan tinggi kepada pasangan mereka untuk setia sampai mati. Namun apabila harapan itu tidak kesampaian, kebanyakkannya akan berakhir dengan perpisahan. Pada hal Romeo dan Juliet hanyalah watak yang dihidupkan dalam karya seni sahaja.

4. Hang Tuah
Memang menjadi isu perdebatan sehingga kini adakah Hang Tuah benar-benar wujud atau tidak. Hang Tuah telah dijadikan ikon sebagai pahlawan lagenda Melayu dengan kata-kata agungnya “Tak kan hilang Melayu di dunia”. Adakah dia benar-benar wujud? Hanya satu benda yang sedang dicari ketika ini iaitu Keris Taming Sari yang merupakan senjata hikmat milik Hang Tuah.

5. Si Tanggang
Kini ramai yang menggunakan kisah si tanggang sebagai salah satu cara mendidik kanak-kanak supaya sentiasa menghormati ibu bapa. Apabila sahaja terdapat berita mengenai seorang anak yang membiarkan orang tuanya merempat, dengan pantas orang ramai akan melabelkan dia sebagai si tanggang moden.

Selain mereka yang disebut kat atas ni, terdapat lagi banyak ‘manusia’ yang tak pernah hidup tapi memberi pengaruh besar kepada kehidupan masyarakat sekarang. Antaranya, Robin Hood dan Big Brother.

Seluar jeans Levis REVEL paling fleksible..tengoklah..

Pengakuan seorang pengguna DUMEX...biar betul!