Nak buat duit online tanpa mengeluarkan modal? ada cara yang mudah dan anda boleh mula sekarang juga.
1. Pay Per Click
Cara buat duit dengan Pay Per Click (PPC) memang sangat mudah dan semua orang boleh buat. Tak perlu pun blog atau website. Anda hanya perlu kongsikan link dengan kawan-kawan melalui media sosial seperti Facebook dan Twitter atau melalui emel. Kalau ada blog lagi bagus. Anda akan dibayar apabila link anda itu diklik. Contohnya 8Share dan Churp-churp. Anda perlu register di laman web tersebut terlebih dahulu. Lepas tu barulah anda boleh mengongsikan mana-mana iklan atau promosi yang sedang aktif. Anda akan dibayar antara RM0.20 hingga RM0.40 untuk setiap klik.
2. Jual eBook
Buat ebook sendiri memerlukan modal. Tapi jika jual ebook orang lain, anda tidak perlu keluarkan modal satu sen pun. Ini dikenali sebagai affiliate. Anda akan mendapat komisen sehingga 70% dari harga jualan ebook yang anda promosikan itu. Kalau nak cari senarai ebook untuk dijual, anda boleh layari JomNiaga. Anda juga boleh dapatkan tips cara berkesan mempromosi ebook di laman web tersebut.
3. Kongsi video dalam blog
Ya, anda boleh buat duit dengan mengongsikan video di dalam blog. Anda akan dibayar antara RM0.10 hingga RM0.50 untuk setiap 'play' pada video dalam blog anda. Kalau nak buat duit dengan video, boleh register kat AOL Network.
4. Pengiklanan dalam blog
Anda ada blog? Bagus. Anda boleh jana wang pasif dari blog melalui kaedah pengiklanan. Anda boleh tempek iklan Nuffnang, Adsense, Advertlets, PopAds, dan sebagainya dalam blog. Anda juga boleh tawar ruang iklan sendiri dan anda yang tentukan harga ruang iklan dalam blog anda itu. Anda akan dibayar antara RM0.20 hingga RM0.50 untuk setiap klik iklan tersebut. Tapi awas! jangan klik iklan anda sendiri.
5. Menulis artikel/entri berbayar
Selain menempek iklan, anda juga sebenarnya boleh buat duit dari blog dengan menulis artikel atau entri berbayar. Satu kelebihan untuk anda jika anda mahir menulis dalam bahasa Inggeris kerana kebanyakkan artikel berbayar adalah dalam bahasa Inggeris seperti di Sponsoredreviews.com. Tapi jangan risau, anda juga boleh menulis artikel/entri berbayar dalam Bahasa Melayu. Jika blog anda mempunyai jumlah pembaca yang ramai, Nuffnang biasanya akan menawarkan anda untuk menulis entri khas (sponsored post) dalam blog mengenai sesuatu produk atau perkhidmatan. Selain itu anda juga boleh menawarkan penulisan entri berbayar dalam blog anda kepada sesiapa yang berminat dan tetapkan harga anda sendiri.
So, saya harap dengan perkongsian 5 cara buat duit online tanpa modal ini dapat membantu sesama kita untuk buat duit online. Memang senang untuk buat semua benda yang saya sebut kat atas tu tapi jumlah pulangan yang anda dapat kelak bergantung juga kepada sebanyak mana usaha yang anda taburkan. Dan of course, ianya juga bergantung kepada teknik yang anda gunakan.
Bak kata pepatah lapuk, "don't work hard, but work smart"
Jika anda inginkan tips dan idea-idea bisnes online, anda boleh dapatkan ebook 101 Idea Perniagaan Internet hasil tulisan seorang pakar usahawan online iaitu Mohd Shamsuriyadi Mamat. Memang berbaloi memiliki ebook ini kerana idea-idea yang disampaikan adalah praktikal dan mudah dilaksanakan.
Sumber asal: Tips Bisnes Online
Sumber asal: Tips Bisnes Online