Tadi sempat belek-belek entri melatup di blog Denaihati mengenai geran Get Malaysian Business Online (GMBO) dari SKMM. Apa tu? geran khas ini diwujudkan khas untuk mengiktiraf usahawan online Malaysia dan secara tidak lansung meningkatkan martabat usahawan online yang majoritinya Blogger. Selain itu ianya juga merupakan salah satu cara mengembangkan lagi perniagaan di kalangan IKS yang kebanyakkanya masih belum menggunakan internet sebagai medium pemasaran. Jumlah geran yang korang akan dapat ialah RM1000 seperti yang dibentangkan dalam bajet 2013 dulu. Semua info ini saya rujuk dari Denaihati. Jadi untuk mendapatkan geran tersebut, anda perlu ambil beberapa langkah kanan dulu.
Berikut 6 Langkah-langkah yang perlu diambil untuk mendapatkan geran Get Malaysian Business Online daripada SKMM, untuk blogger:
1. Pilih produk untuk dijual
2. Daftarkan perniagaan di SSM
3. Beli satu domain .my
4. Bina satu website jualan lengkap dengan maklumat tentang produk dan cara untuk melakukan pembelian
6. Tunggu panggilan pengesahan daripada pihak SKMM
Program ni akan tamat 31 Disember 2013. Sempat lagi kalau korang bertindak sekarang. Not sure tahun depan mereka nak teruskan ataupun tidak.
Lastly, sorang hanya boleh dapat geran ni sekali sahaja. Masa isi borang permohonan kena masukkan no. kad pengenalan. Jadi tak payahlah berangan nak manipulate dan mohon 10 kali.
Baca artikel penuh di Denai Hati