Madonna mengaku pernah dirogol ketika mula-mula masuk bidang musik | Boros Di Aralom

Sabtu, 5 Oktober 2013

Madonna mengaku pernah dirogol ketika mula-mula masuk bidang musik

Madonna mengakui bahawa dia pernah dirogol ketika mula-mula memasuki bidang musik. Peristiwa penuh traumatik tersebut berlaku ketika dia baru berpindah ke bandar New York pada tahun 1970an.


Menurut laporan Metro Uk, Madonna menceritakan bagaimana dia diheret ke atas bumbung sebuah bangunan sambil pisau diacukan di leher dan kemudiannya dirogol. Kata Madonna lagi, "Ia sangat sukar dan ia sangat sunyi, dan saya perlu beranikan diri setiap hari untuk maju ke depan".

Sebelum ini Madonna juga pernah membuat pendedahan sedemikian ketika ditemubual dalam rancangan NME pada tahun 1995.