(EDISI GANAS) Kanak-kanak dipaksa khawin umur 8 tahun meninggal pada malam pertama perkhawinan | Boros Di Aralom

Selasa, 10 September 2013

(EDISI GANAS) Kanak-kanak dipaksa khawin umur 8 tahun meninggal pada malam pertama perkhawinan

Seorang kanak-kanak Yamen perempuan berumur lapan tahun yang dipaksa berkhawin dengan lelaki yang berusia 40 tahun meninggal pada malam pertama perkhawinannya kerana mengalami kecederaan dalaman yang teruk.
Kematian kanak-kanak itu menimbulkan kemarahan
Kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai Rawan, mengalami kecederaan teruk termasuklah di bahagian alat sulit dan pendarahan dalaman. Kejadian ini berlaku di kawasan pedalaman Hardh, berdekatan dengan sempadan Arab Saudi.

Insiden ini membawa kepada reaksi negatif dari banyak pihak terutamanya mereka yang memperjuangkan agar perkhawinan kanak-kanak oleh lelaki berusia ini dapat dihentikan segera.

Biasanya bakal pengantik lelaki akan membayar beratus dolar kepada keluarga miskin untuk membeli anak perempuan mereka. Menurut statistik terkini, lebih dari suku golongan wanita di Yamen akan berkhawin sebelum mereka mencapai umur 15 tahun.

Walaupun satu undang-undang telah dilaksanakan di Yamen dengan menetapkan syarat umur minimum pengantin perempuan ialah 17 tahun, namun ianya dihentikan pada tahun 2009 selepas para pengamal undang-undang mengatakan bahawa ianya 'tidak islamik'.


Terkini: Walaubagaimanapun, pihak akhbar Yamen menafikan dakwaan laporan ini