Jika anda melihat wajah Dhaqabo Ebba, memang tidak akan menafikan bahawa dia memang sangat tua. Tetapi setua manakah dia? itu masih lagi satu persoalan sekarang.
Ebba sendiri mendakwa bahawa dia sudah berumur 160 tahun. Namun dakwaan ini masih diragui kerana dia tidak mempunyai dokumen yang dapat mengesahkan umurnya.
Ebba, manusia paling tua? |
Seorang wartawan Ethiopa, Mohammad Edebo, sebelum ini pernah menemuramah Ebba dan dia sangat kagum dengan pengetahuan yang ada pada Ebba semasa menceritakan tentang peristiwa bagaimana Italy menceroboh Ethiopia pada tahun 1895.
Jika umur Ebba boleh disahkan maka dia boleh diiktiraf sebagai manusia hidup paling lama pernah direkodkan. Rekod itu pernah disandang oleh Jeanne Calment dari Perancis yang berumur 122 tahun sebelum dia meninggal. Kini, manusia paling tua yang masih hidup dan direkodkan dalam Rekod Dunia Guinness ialah Misao Okawa dari Jepun yang berusia 114 tahun.
Umur sebenar Ebba mungkin boleh ditentukan melalui teknologi perubatan namun tiada lagai perancangan dibuat untuk menguji Ebba setakat ini.
Mungkin Ebba sudah sangat tua tetapi tahap kesihatan dan stamina beliau masih lagi di tahap yang sangat baik.