(EDISI ARTIS) Kemalangan Maut: Ahmad Dhani sanggup jalani hukuman bagi pihak anaknya kerana memandu di bawah umur | Boros Di Aralom

Selasa, 10 September 2013

(EDISI ARTIS) Kemalangan Maut: Ahmad Dhani sanggup jalani hukuman bagi pihak anaknya kerana memandu di bawah umur

Berikutan berita kemalangan maut yang melibatkan anak ketiga komposer terkenal Indonesia, Ahmad Dhani dikatakan diselubungi rasa bersalah dan sanggup menggantikan hukuman anaknya jika dia disabitkan kesalahan.
Kemalangan maut melibatkan anak Ahmad Dhani
Semalam, anak ketiga Dhani dan bekas isterinya, Maia Estianty, bernama Ahmad Qadir Jaelani, 13, atau lebih dikenali sebagai Dul terlibat dengan kemalangan maut di KM 8 Tol Jagorawi, Jakarta, yang meragut enam nyawa dan sembilan yang lain cedera. 

Dul yang memandu Mitsubishi Lancer pula hanya mengalami patah tulang dan lebam-lebam di badan. Menurut laporan, kereta yang dipandu Dul hilang kawalan dan kemudian melanggar pembahagi jalan. Kini Dul berdepan dengan Fasal 310, Kelalaian Berlalu Lintas yang mengakibatkan cedera parah dan kematian selain memandu ketika masih di bawah umur.

Di laman Twitter, Dhani sempat mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat. Dhani turut menyatakan ketegasannya sebagai ibu bapa dengan menyatakan kesalahan Dul ini haruslah menjadi tanggungjawab dia sebagai ibu bapa.
Dul kini dirawat di hospital

Tiada ulasan: