Ini jawapan Fida Ibrahaim apabila dituduh lari dari set penggambaran..panasss | Boros Di Aralom

Jumaat, 27 September 2013

Ini jawapan Fida Ibrahaim apabila dituduh lari dari set penggambaran..panasss

Beberapa hari lalu, timbul lagi satu kontroversi panas yang mengaitkan pelakon dan penyanyi, Fida Ibrahim. Fida dikatakan lari dari set penggambaran kerana merasa tersindir dengan skrip lakonan dan tidak selesa dengan penginapan yang disediakan kru produksi. 
Fida Ibrahim
Merasa diri difitnah, Fida lantas membalas tuduhan tersebut dengan memberikan kenyataan berikut:- 
"Saya tidak dapat terima cara yang dikendalikan oleh produksi itu. Sudah beberapa kali pengurus saya berbincang dengan penerbit produksi itu, tetapi tidak diendahkan," katanya.

Jelas Fida lagi, dia kesal apabila produksi itu tidak menjaga kebajikan artis dengan memaksanya bersama beberapa pelakon lain menjalani penggambaran di kawasan merbahaya.

"Mereka memulakan penggambaran di lokasi yang tidak dimaklumkan dan kami terpaksa meredah sungai, tak ikut 'track' hutan, sehingga kami hampir jatuh tebing.

"Bagaimana kalau kami cedera dan tidak boleh berlakon kerana terlibat dalam kemalangan?," katanya yang sangat tidak berpuas hati dengan pengurusan produksi itu.



Selain itu, Fida juga menafikan bahawa dirinya berlagak diva dengan memberi jawapan berikut:-
"Saya bukanlah mengharapkan bilik mewah dan penempatan yang terlalu selesa, tetapi bayangkanlah apabila penginapan yang disediakan harus dikongsi seramai itu?

"Adakah salah saya mahukan hak saya dan sedikit keselesaan buat artis lain?," sangkalnya kembali.

Mengulas dakwaan mengenai sikapnya yang berlagak seperti diva, Fida bagaimanapun menganggap tuduhan itu sangat melampau.

"Saya tidak bertindak melampau atau mahukan tempat yang mewah dan selesa, namun saya tahu apa hak saya dalam sesebuah produksi.

"Bagi saya ia merupakan fitnah yang tidak berasas dan membuatkan kredibiliti saya benar-benar tercalar," katanya yang turut membawa isu itu kepada Seniman. - SinarHarian



Harap Fida dan pihak produksi berkaitan dapat menyelesaikan kemelut ini agar tidak menjadi 'unfinish business' kelak.