Pemenang Miss World Muslimah 2013 Jakarta | Boros Di Aralom

Jumaat, 20 September 2013

Pemenang Miss World Muslimah 2013 Jakarta

Miss World Muslimah dimenangi oleh peserta Nigeria
Peserta dari Nigeria, Obabiyi Aishah Ajibola, 21, diangkat sebagai pemenang Miss World Muslimah 2013 yang dianjurkan untuk kali ketiga di Jakarta.

Miss World Muslimah ini dianjurkan sebagai salah satu tentangan dunia Islam kepada pertandingan Miss World yang turut dianjurkan di Bali, Indonesia.

Acara tahunan ini dianjurkan khas untuk wanita Muslim sahaja dan mereka dinilai dari segi cara pemakaian seorang Muslimah dan juga dari segi pemahaman dan penguasaan mereka tentang al-Quran. Sebanyak 20 dari lebih 300 peserta dari Indonesia, Brunei, Malaysia, dan Nigeria layak ke pusingan akhir ini. 

Ketika diumumkan sebagai pemenang Miss World Muslimah edisi ketiga ini, Obabiyi jelas terkejut dan terus menangis sambil bersujud memanjatkan syukur atas kemenangannya itu.




Para peserta sedang memperagakan pakaian muslimah
Kemenangan Obabiyi dari Nigeria ini sememangnya sesuatu yang mengejutkan dan tidak disangka. Tetapi fokus utama pertandingan ini bukan lah kepada rupa paras tetapi fokus kepada pemahaman dan pengetahuan tentang ajaran sebenar Islam melalui Al-Quran.