Jenis-jenis iklan CPM dalam blog | Boros Di Aralom

Sabtu, 21 September 2013

Jenis-jenis iklan CPM dalam blog

Kepada para blogger tak kira yang baru atau lama, terdapat banyak pilihan jenis iklan yang boleh anda pilih dan masukkan dalam blog. Jadi, dalam entri ini saya akan kongsikan jenis-jenis iklan CPM atau Cost Per Mile yang boleh anda pertimbangkan.

Sebelum itu, biar saya jelaskan serba sedikit mengenai apa itu iklan CPM? Iklan CPM ialah kos pengiklanan untuk 1000 paparan. Ianya berbeza dengan CPC (Cost per click) yang membayar apabila iklan diklik. Bagi iklan CPM, pengunjung tak perlu klik iklan pun anda akan dibayar. Yang penting, iklan dalam blog itu dilihat sebanyak 1000 kali. Dan untuk 1000 paparan ini, anda akan dibayar dengan kadar yang berbeza. 

Bagi blog Edisi Blogger ini, saya ada menggunakan iklan CPM dari PopAds. Kadar CPM PopAds berbeza mengikut dari mana datangnya pengunjung blog kita. Anda boleh tengok gambar kat bawah tentang kadar CPM yang diberi oleh PopAds ini. Anda juga boleh tengok bukti pembayaran PopAds dalam entri Bukti Pembayaran PopAds dalam 24jam


Gambar di atas ini menunjukkan kadar pembayaran CPM untuk pengunjung dari Malaysia manakala gambar kat bawah menunjukkan kadar pembayaran CPM untuk pengunjung keseluruhan. Untuk pengetahuan anda, kadar tertinggi iklan PopAda adalah $4/mile untuk pengunjung dari Amerika. Jadi jika anda mahir menulis dalam bahasa Inggeris, maka buat lah blog dalam bahasa Inggeris dan tarik pengunjung omputih banyak-banyak.  Yang penting, entri kena berkualiti dan mesra SEO.


Kalau nak dibanding dengan iklan CPM lain, memang PopAds bayar lebih mahal. Untung lah kalau trafik korang tu banyak. Tapi harus diingat bahawa iklan PopAds hanya akan muncul selepas pengunjung mengklik mana-mana link dalam blog anda. Jadi saya sarankan agar anda meletak "read more..." dalam setiap entri. Bukan sahaja akan meningkatkan jumlah paparan blog malah akan meningkatkan earning CPM PopAds anda.

Yang kedua, iklan CPM yang memang sudah sebati dengan blogger Malaysia ialah iklan Advertlets. Jika anda mempunyai traffik yang tinggi dari Malaysia, maka saya sarankan agar anda tempek lah iklan Advertlets. Berbeza dengan PopAds, pengunjung tak perlu klik apa-apa dalam blog pun anda dah boleh buat duit.

Ketiga, saya juga menggunakan iklan CPM dari CDXNGlobal. Ya, memang platform ini masih sangat baru tapi bayarannya adalah dalam USD dan anda boleh cashout guna Paypal selepas earning mencapai $5.00 jer. Jadi apa salahnya mencuba. Nanti bila dah dapat earning ke Paypal, saya akan kongsi lebih dalam. Mudah-mudahan.

So, demikian saja perkongsian singkat saya mengenai jenis-jenis iklan CPM dalam blog yang boleh anda pertimbangkan untuk diletak dalam blog. Cuma saya nak nasihatkan satu perkara terutama kepada sahabat Nuffnang, status Gliteratti anda itu tidak akan terganggu apabila anda menggunakan iklan PopAds dan CDNXGlobal, TETAPI status Gliteratti akan hilang kalau anda guna Advertlets bersama.

Tapi kalau anda mahu earning Nuffang tidak terganggu terutamanya bagi yang ada BE, saya sarankan agar anda tetap setia dengan Nuffnang dulu. Sebabnya, nanti akan saya kongsi kan bersama. Entri ini dah panjang jadi tak perlu pusingkan kepala anda lagi. 

Sekian..