(EDISI WOW) Iran akan hantar kucing Parsi ke angkasa lepas sebagai angkasawan kedua selepas monyet | Boros Di Aralom

Rabu, 18 September 2013

(EDISI WOW) Iran akan hantar kucing Parsi ke angkasa lepas sebagai angkasawan kedua selepas monyet

Iran sedang mempertimbangkan untuk menghantar seekor kucing Parsi ke angkasa lepas sebagai angkasawan kedua negara itu selepas menghantar seekor monyet pada awal tahun ini.

Kucing parsi
Cara tersebut merupakan salah satu dari usaha mereka untuk menghantar angkasawan manusia ke angkasa lepas menjelang tahun 2018. Namun, banyak yang mempersoalkan laporan kejayaan negara itu terhadap angkasawan haiwan yang mereka guna.
Presiden Iran, Ahmadinejad sedang memerhati Pishgam
Mac lalu, Iran menekankan bahawa mereka telah berjaya menghantar seekor monyet ke angkasa lepas dan berjaya kembali dengan selamat. Para pegawai angkasa yang terlibat mengatakan bahawa monyet bernama Pishgam itu telah dihantar ke luar angkasa selama 20 minit.

Namun gambar-gambar yang dikemukakan mereka banyak menimbulkan persoalan mengenai kesahihan gambar monyet sebelum dan selepas pelancaran itu.


Iran dah nak hantar angkasawan sendiri ke angkasa, Malaysia pulak sibuk dengan kereta Proton Suprima S..