Sekarang ini ada macam-macam cara penjenyah untuk menyeludup dadah. Paling kejam ialah apabila dadah itu disumbat dalam perut penyeludup melalui pembedahan yang entah selamat atau tak. Bagi yang tak sanggup buat pembedahan, mereka menyamar dengan pelbagai cara lain seperti yang dilakukan oleh wanita ini.
Seorang wanita Kanada kantoi di Bogota, Colombia, selepas cubaannya untuk menyeludup dadah melalui perut mengandung palsu itu gagal.
Perut mengandung palsu |
Tabatha Leah Ritchie, 28, yang bekerja sebagai pekerja sosial ini berasal dari Toronto dan berjaya ditahan di pusat lapangan terbang antarabangsa Colombia. Dadah jenis kokain seberat 2kg yang disorok di dalam perut mengandung palsu wanita ini berjaya dikesan oleh pihak berkuasa. Wanita tersebut ditangkap ketika cuba keluar dari negara itu menuju ke Kanada.
Mungkin ada juga yang menyeludup dadah melalui buah dada palsu...kalau hot macam Miranda Kerr pakai bikini seksi kat majalah Mango, tak hairan lah kenapa boleh lepas dengan mamat mamat kastam tu...hohoho