Seorang pelatih PLKN di kem Muadzam Shah, Pahang, dibunuh ketika berada di bilik mandi pada Ahad lalu. Menurut laporan, mangsa dikatakan memotong barisan semasa sarapan pagi dan tindakannya itu menyebabkan beberapa pelatih lain kurang senang.
Mangsa bernama Muhammad Suhaimi Norhamidi ditemui di bilik mandi kem tersebut pada jam 12.04 pagi dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal ketika tiba di Hospital Muadzam Shah.
Menurut laporan lagi, terdapat tanda kecederaan yang dpercayai disebabkan oleh objek tumpul di bahagian belakang telinga mangsa dan menyebabkan kecederaan dalaman di bahagian otak.
Ekoran daripada kejadian tersebut, tiga pelatih PLKN telah ditahan untuk siasatan lanjut.