(EDISI WOW) Fanatik Superman habiskan RM20,000 buat pembedahan untuk kelihatan seperti Superman | Boros Di Aralom

Isnin, 9 September 2013

(EDISI WOW) Fanatik Superman habiskan RM20,000 buat pembedahan untuk kelihatan seperti Superman

Kalau dah terlalu fanatik tahap gaban...maka apa benda sekalipun, mereka sanggup buat. Tak kira ianya menyakitkan malah menelan kos beribu riban.
Herbert sebelum dan selepas
 Inilah yang dilakukan oleh seorang peminat fanatik Supermans sehingga sanggup membuat 13 siri pembedahan plastik untuk menjadi seperti Superman. Herbert Chaves, 35, telah membuat pembedahan hidung, pemutihan kulit, penyedutan bibir, pembedahan dagu, serta beberapa implan yang lain. 



Lelaki berasal dari Calamba City, Filipina ini mula meminati Superman sejak berumur 5 tahun selepas melihatnya di TV. Herbert seringkali keluar dari rumah sambil memakai sut pakaian Superman untuk mengajar kanak-kanak mengenai nilai moral sambil menggembirakan mereka.


Selain obsesi ini, Herbert juga merupakan pengumpul memorabilia superman dengan jumlah sekitar 5,000 termasuklah patung saiz sebenar superman.




P/s: Saya nak cari fanatik Keluang Man pulak dah..

Tiada ulasan: