(EDISI PELIK) Kursus bertemakan zombie bakal diperkenalkan di University of California | Boros Di Aralom

Jumaat, 6 September 2013

(EDISI PELIK) Kursus bertemakan zombie bakal diperkenalkan di University of California

Jika anda mahu belajar kursus bertemakan zombie, saya sarankan agar anda memohon kursus secara online ini di University of California. 
The Walking Dead
Sebelum ini kita pernah juga mendengar banyak kursus pelik yang ditawarkan di peringkat universiti seperti kursus untuk menjadi badut, dan kursus metodologi Jedi. 

Dan ini yang terbar iaitu kursus bertemakan zombie yang berfokus kepada siri filem The Walking Dead. Pembuat filem ini, AMC telah bekerjasama dengan University of California untuk menawarkan kursus secara dalam talian. Antara topik yang bakal dibincangkan ialah ‘what can an apocalypse teach us about anthropology and sociology?’ dan '‘nutrition and stress physiology in a high-stress environment’.

Kursus ini akan berlangsung selama lapan minggu bermula 14 Oktober ini, sehari selepas siri keempat The Walking Dead ini ditayangkan di Amerika.

Tiada ulasan: