Walaupun tidak pernah membuat kenyataan umum mengenai status hubungan mereka, banyak gosip panas yang semakin hangat diperkatakan bahawa Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sedang hangat bercinta.
Aeril dan Wawa |
Ada pula gosip terbaru kononnya seorang pelakon wanita telah melahirkan anak dan suaminya juga adalah seorang pelakon popular. Gosip tersebut makin panas apabila ianya diberitahu sendiri oleh keluarga angkat pelakon lelaki tersebut. Berikut merupakan antara laporan yang saya petik dari Malaysian Digest.
Ramai yang bertanyakan hal itu, adakah pelakon lelaki yang didakwa telah berkahwin itu merupakan Aeril Zafrel kerana secara kebetulan drama lakonannya iaitu Cinta Jannah sedang hangat pada waktu petang di TV3.
Dan mungkin pelakon wanita yang didakwa menjadi isterinya itu adalah pelakon Wawa Zainal yang kebetulan sedang berehat di kampung halamannya di Sabah sejak empat bulan lalu kerana berubat akibat penyakit misteri atau bahasa mudahnya penyakit berkaitan makhluk halus.
"Saya tidak tahu hendak kata apa (ketawa). Itu hanyalah kata-kata tanpa sebarang bukti yang sahih, jika saya nafi dan komen lebih-lebih orang memang tidak akan berhenti bercakap. Memang saya tidak berkahwin, saya hanya kahwin dalam drama sahaja", kata Aeril seperti yang dilaporkan akhbar Kosmo! hari ini.
Dalam laporan sama Aeril juga menyatakan dia dan Wawa hanyalah sahabat baik dan mengesahkan yang temannya itu sekarang berada di kampungnya di Sabah kerana sedang berubat. Dia juga memohon pada mana-mana pihak supaya berhenti daripada membuat spekulasi kononnya Wawa kini sedang hamil.
"Tolong jangan sebarkan cerita jika tidak ada bukti dan akan memburukkan orang lain. Andai ada bukti sekalipun dan cerita itu sahih, jika dikeluarkan menjadi aib kepada tuan punya badan, tidak boleh juga dikeluarkan. Jika tidak benar, lagi berdosa dan harus meminta maaf kepada Wawa", katanya