Seorang pelajar perubatan berusia 23 tahun meninggal selepas dirogol dan dipukul dengan teruk oleh sekumpulan lelaki di India pada Disember tahun lalu.
Insiden ini menyebabkan kemarahan banyak pihak sehingga melakukan banyak demonstrasi meminta supaya para pesalah dijatuhi hukuman mati. Selepas 8 bulan tempoh perbicaraan, akhirnya kesemua empat pesalah ganas tersebut disabitkan kesalahan dan akan dijatuhi hukuman mati. Keputusan ini sememangnya satu keputusan yang ditunggu-tunggu oleh ramai pihak.
Walaupun ada rayuan yang dikemukakan oleh peguam pihak tertuduh, namun ianya ditolak oleh hakim yang bertugas. Ini lah dia gambar empat pesalah rogol itu....
P/s: Dah buat kesalahan ganas...tak malu nak merayu mintak belas kasihan...masa mangsa merayu mintak belas kasihan, ada korang peduli?