(EDISI WTF) Tunggu 8 tahun untuk mendapatkan anting-anting yang ditelan ayamnya.. | Boros Di Aralom

Selasa, 3 September 2013

(EDISI WTF) Tunggu 8 tahun untuk mendapatkan anting-anting yang ditelan ayamnya..

Seorang pemilik seekor ayam terpaksa menunggu sehingga lapan tahun semata-mata untuk mendapatkan semula anting-anting yang ditelan oleh ayamnya. 

Claire Lennon, 38, dari Berkshire tidak boleh mendapatkan semula anting-anting bernilai £300 (sekitar RM1500) dari ayam peliharaannya yang berumur 6 bulan dan perlu menunggu sehingga ayamnya itu mati jika mahu mendapatkannya semula.
Lennon bersama Sarah dan gambar x ray anting anting yang ditelan ayamnya itu
Lennon sebenarnya boleh saja mendapatkan semula anting-anting itu jika ayamnya yang bernama Sarah itu dibedah. Namun menurut pakar veterinari, ianya akan membahayakan nyawa Sarah. Oleh kerana ayam itu sangat istimewa dalam keluarga Lennon, maka mereka sanggup menunggu sehingga ayam itu mati secara semula jadi.

Sebelum ini, doktor haiwan pernah cuba mengeluarkan anting-anting dengan memberi Sarah beberapa laxative tetapi ianya tidak berkesan.


P/s: lepas ini akan ada orang report polis sebab ayamnya hilang...hohoho..ayam hodoh paling mahal kat UK tu beb..

Tiada ulasan: