(EDISI WTF) Penipu kantoi di pejabat pos, ipad yang dihantar rupanya adalah ais beku | Boros Di Aralom

Ahad, 15 September 2013

(EDISI WTF) Penipu kantoi di pejabat pos, ipad yang dihantar rupanya adalah ais beku

Dua orang scammer ini cuba untuk menipu pihak kourier dengan menghantar kotak yang bertulis 'ipad' tapi sebanarnya adalah ais beku. Tujuan mereka adalah manipu untuk mendapatkan pampasan dari insurans penghantaran kourier.

Nathan Meunch, 29, dan Nigel Bennett, 39, yang hadir ke mahkamah Shrewsbury sambil memakai topeng muka itu kedapatan menipu selepas kotak 'ipad' mereka yang beris ais itu mencair.

Berikut antara kata-kata pendakwa terhadap kedua pesalah yang dirakam dalam perbicaraan tersebut. "Anda kekurangan wang dan anda mahu mendapatkan wang. Anda menyediakan satu pakej yang berisi ais beku yang mewakili skrin iPad. Anda kemudian membawa pakej itu ke pejabat pos dan menghantarnya dan anda juga meminta insuran ganti rugi dibuat. Rancangan ini tidak berjaya. Ais tersebut mencair dan pihak penjabat pos menyedari bahawa ianya adalah satu penipuan."

Bennet
Meunch
Kedua-dua pesalah tersebut kemudian diarah untuk membuat kerja komuniti dan perlu bekerja selama 150 jam tanpa sebarang bayaran.


Semasa perbicaraan, pegawai pos menjelaskan bahawa dia menjadi ragu-ragu selepas melihat kesan basah di jaket Meunch semasa kotak tersebut diserahkan untuk ditimbang. Pegawai tersebut kemudiannya memaklumkan hal tersebut kepada penyiasat Royal Mail.


Maka menabung lah dari kecil supaya bila besar nanti boleh lah elak diri dari menipu macam tu...hohoho..pergi lah ke laman web AFFINBANK