Pernah makan makanan mentah? Rasanya bagi peminat makanan Jepun or Korea, makanan mentah ini memang dah biasa dimakan. Tapi bagi kebanyakkan rakyat Malaysia, memakan makanan mentah adalah sesuatu yang dianggap sebagai menjijikan atau dalam kata lain....yakkk!! tak sedap..
Beberapa hari lalu, telah berlangsung festival makanan di Seoul, Korea. Macam biasa lah, dalam festival ini terdapat banyak jenis makanan yang dihidangkan termasuklah hidangan mentah sotong kurita. Hidangan ini memang menjadi kegemaran sekelompok manusia yang suka kan makanan mentah.
Walaupun, pada hari yang sama, mahkamah Korea memberi amaran mengenai seorang wanita yang maut kerana tercekik selepas memakan sotong kurita mentah, namun ianya seperti tidak dihiraukan oleh para penggemar makanan mentah ini.
Lihatlah aksi mereka memakan sotong kurita mentah dengan lahapnya...
Makan sendiri...kalau tercekik, tanggung sendiri....hohoho..