(EDISI GANAS) Pemilik ladang Teletubbies naik angin sampai banjirkan rumah Teletubbies | Boros Di Aralom

Isnin, 2 September 2013

(EDISI GANAS) Pemilik ladang Teletubbies naik angin sampai banjirkan rumah Teletubbies

Masih ingatkah anda dengan siri program tv popular kanak-kanak, Teletubbies? Masih ingat kah anda dengan si Dipsy, Laa-laa, Tinky Winky dan Po? Dan masih ingat kah anda dengan rumah tempat tinggal mereka yang terletak di sebuah kawasan tanah lapan berumput hijau yang serba cantik tu? mesti kebanyakkan anda masih ingat bukan...siri ini sangat popular sekitar tahun 1997 hingga 2001.
Siri tv popular, Teletubbies, pada rumah mereka
Kepopularan Teletubbies ini memang tidak dapat disangkal lagi...tapi bukan semua orang merasa senang hati dengan penangan siri tv ini. Pemilik ladang atau kawasan tempat penggambaran Teletubbies bernama Rosemary Harding kini sering naik angin dan marah-marah sampai hilang sabar apabila ramai peminat Teletubbies yang selalu menceroboh kawasan tersebut.

Akibatnya, Rosemary terpaksa memenuhkan dengan air kawasan tersebut terutamanya di kawasan rumah Teletubbies sehingga banjir untuk menggelakkan daripada diceroboh peminat fanatik Teletubbies.
Dah jadi tasik...kesian Teletubbies..huhu (mirror uk)



Tiada ulasan: