Cara seronok kumpul duit RM47,000 tapi menyakitkan | Boros Di Aralom

Isnin, 23 September 2013

Cara seronok kumpul duit RM47,000 tapi menyakitkan

Setiap orang ada cara mereka tersendiri untuk mengumpul wang. Tapi bagi lelaki ini, caranya itu boleh dianggap menyeronokkan tapi pada masa yang sama, ianya kelihatan menyakitkan. Eric Dahl telah mengumpul RM47,000 (£11,200) dalam satu siri pertandingan yang dinamakan 'all-you-can-eat'.

Pertandingan ini memerlukan peserta menghabiskan satu hidangan bersaiz besar dalam satu tempoh masa yang ditetapkan. Jika berjaya menghabiskannya dalam satu tempoh yang ditetapkan, mereka tidak perlu membayar apa-apa malah diberikan hadiah wang tunai sekiranya mereka mencatatkan masa terpantas.

Terbaru, Eric Dahl telah memenangi pertandingan 'all-you-can-eat' anjuran Big Red’s Steakhouse. Dia mencatat masa terpantas memakan sandwich seberat 6 paun (sekitar 2.5kg) dalam masa 5 minit 50 saat sahaja. Dia mula menyertai pertandingan sedemikian sejak tahun 2011 dan dari situ dia mula mengumpul duit.

Dahl merupakan seorang atlit berketinggian 6kaki 3inci yang mempunyai jadual kecergasan yang ketat. 
Dahl sedang berusaha menghabiskan makanannya
Dahl mengatakan bahawa kesemua wang tersebut akan digunakannya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan komputer di University of Wisconsin.

Memang satu cara seronok untuk kumpul duit sampai RM47,000 tapi  menyakitkan. Cuba kalau anda makan sampai dua kilo, kalau salah teknik, nanti boleh tercekik dan bye bye lah jadinya.


Kalau korang nak tahu, korang juga boleh menang duit pantas dengan menyertai segmen Watchu Want dari Red FM tau. Layari laman Red FM untuk informasi lebih lanjut.