(EDISI GEMPAR) Rusuhan agama antara Hindu dan Muslim di India korbankan 28 nyawa | Boros Di Aralom

Selasa, 10 September 2013

(EDISI GEMPAR) Rusuhan agama antara Hindu dan Muslim di India korbankan 28 nyawa

Keganasan antara penganut agama Hindu dan Islam yang kian merunsing di utara India memaksa pasukan keselamatan untuk bertindak dengan menembak perusuh. Menurut polis, rusuhan antara penganut itu tercetus di beberapa kampung sekitar Muzaffarnagar di negeri Uttar Pradesh yang menyebabkan sekitar 28 orang terbunuh manakala ramai lagi hilang.

Pegawai kerajaan Kamal Saxena mengatakan bahawa tentera yang dihantar ke kawasan itu telah diarahkan untuk menembak perusuh. Sebanyak 90 orang telah ditahan namun keganasan masih lagi berterusan malah semakin merebak ke kawasan berhampiran iaitu Shamli dan Meerut.

Ekoran dari keganasan ini, ramai penduduk yang telah melarikan diri secara beramai-ramai dengan menggunakan kereta lembu.

Keganasan tercetus sejak Ahad lalu selepas ribuan penduduk beragama Hindu menuntuk keadilan terhadap pembunuhan tiga penduduk kampung Kawal pada 27 Ogos lalu. 
AP


Tiada ulasan: