(EDISI GANAS) Amah jahat tuang clorox dalam susu bayi | Boros Di Aralom

Rabu, 11 September 2013

(EDISI GANAS) Amah jahat tuang clorox dalam susu bayi

Seorang pembantu rumah warga Habsyah ditahan oleh Polis Arab Saudi selepas didapati mencampurkan cecair peluntur clorox di dalam botol susu bayi majikannya.

Bayi berusia 18 bulan itu terpaksa dikejarkan ke hospital di  wilayah tengah Al Qaseem selepas meminum susu tercemar itu. Ayah kepada bayi malang tersebut menemui kesan clorox di dalam botol anaknya sebelum bertindak melaporkan perkara itu kepada pihak polis.

Kini ujian forensik sedang dijalankan untuk mengukuhkan bukti sebelum menyerahkan amah tersebut ke mahkamah untuk dibicarakan.

Agensi