(EDISI SURVIVAL) Makan tikus untuk meneruskan kehidupan | Boros Di Aralom

Selasa, 10 September 2013

(EDISI SURVIVAL) Makan tikus untuk meneruskan kehidupan


Seorang bapa yang sesat di pergunungan Andes selama empat bulan sejak bulan Mei lalu ditemui masih hidup. Menurut laporan, lelaki bernama Raul Fernando Gomez Circunegui, 58, ini meneruskan hidup dengan hanya memakan tikus dan kismis.


Pasukan penyelamat menjumpai Raul sedang berselindung di sebuah pondok yang terletak di kawasan pergunungan setinggi 9,318kaki itu dan dalam keadaan yang sangat lemah. Badannya juga sangat kurus selepas kehingan berat badan sekitar 20kg.

Keluarga Raul sangat bersyukur dan mengatakan bahawa ia adalah satu keajaiban.

Raul melewati kawasan pergunungan tersebut dalam perjalanannya dari Chile ke Argentina dengan menggunakan motosikal 200cc. Selepas motosikalnya rosak, lelaki Uruguay ini meneruskan perjalanannya dengan hanya berjalan kaki sebelum terperangkap dalam ribut salji yang tebal.

Kini, Raul sedang dirawat di hospital di Argentina dan akan dibenarkan pulang dalam beberapa hari lagi.

Tiada ulasan: