(EDISI ARTIS) Top 10 Penyanyi Wanita Malaysia Terbaik | Boros Di Aralom

Jumaat, 13 September 2013

(EDISI ARTIS) Top 10 Penyanyi Wanita Malaysia Terbaik

Sejak dua menjak ini, bila dah banyak sangat rancangan realiti mencari bakat seperti Akademi Fantasia, OIAM, Malaysian Idol, Mentor, Vokal, dan sebagainya...jumlah artis kat Malaysia semakin bertambah macam cendawan tumbuh. Tapi ada yang kekal lama, dan memang banyak yang dah hilang entah ke mana.


Berikut merupakan senarai Top 10 Penyanyi Wanita Malaysia terbaik setakat ini. Tak kisah lah di ranking mana mereka berada dalam list ini, yang pasti semuanya memang terbaik. 

10. Najwa Latif
Penyanyi baru yang namanya kian meningkat naik menerusi lagu Cinta Muka Buku dan Sahabat. Masih muda berumur 18 tahun dan pastinya mempunyai masa depan yang cerah sekiranya terus bergiat aktif dalam bidang ini. Bukan sahaja pandai menyanyi malah pandai mencipta lagu.


9. Stacy
Juga dikenali sebagai 'Agnes Monica' Malaysia terutamanya ketika dia masih berada dalam Akademi Fantasia musim ke 6 kerana kelincahannya menari sambil menyanyi. Maka tak hairanlah kenapa Malaysia mengundi dia sebagai juara AF6.


8. Jacklyn Victor
Jacklyn juga merupakan salah seorang produk rancangan realiti Malaysian Idol pada 2004.


7. Ning Baizura
Tidak dinafikan bahawa Ning adalah penyanyi bersuara suprano yang terbaik di Malaysia. Sangat popular dengan lagu 'Sepasang Sayap'.


6. Datuk Sheila Majid
Adalah seorang penyanyi lagenda RnB Malaysia. 


5. Yuna
Seorang penyanyi dan komposer yang sangat berbakat. Pernah memenangi banyak anugerah termasuklah Anugerah Juara Lagu menerusi lagu Terukir di Bintang walaupun ditimpa banyak kontroversi. Kini Yuna sedang mengukir nama dalam industri muzik di Amerika pula.


4. Ziana Zain
Bersuara lantang dan sangat femes dengan keningnya. Sehingga kini, banyak lagu nyanyian Ziana Zain yang menjadi pilihan terutamanya ketika menghadiri ujibakat.

3. Misha Omar
Dia mula menyinar ketika menyertai pertandingan Bintang RTM pada tahun 2001 dan berjaya sampai ke final. Ketika itu lah Misha menjadi penyanyi kegemaran komposer terkenal, Adnan Abu Hassan, dan menghasilkan banyak lagu hit seperti 'Bunga-bunga Cinta' dan Pulangkan.


2. Ella
Siapa tak kenal dengan Ratu Rock negara ini. Memang terkenal sepanjang zaman. Lagi satu, sikapnnya yang manja manja itu serta paras rupa yang sentiasa awet muda menjadi pujaan ramai.


1. Datuk Siti Nurhaliza
Walaupun saya tak berapa minat dengan dia tapi saya tidak dapat nafikan bahawa Siti merupakan penyanyi wanita Malaysia yang terbaik dari yang terbaik. Buktinya...cuba kira berapa anugerah yang dia dah dapat..dan siapakah artis wanita yang menang Vokal Terbaik setiap tahun? Sampai dia tarik diri dari pencalonan sebab agaknya kita dah tahu kot yang dia akan menang...hohoho...


Tambahan: Adibah Noor pun best jugak..masih ingat dengan lagunya "Terlalu Istimewa" dulu tu?? masa tu lah nama Adibah Noor meningkat naik dan menang Anugerah Juara Lagu...jom tengok apa pulak kegilaan Adibah Noor sekarang ni..

Rasanya masih banyak artis kat luar sana yang berbakat besar tapi tak sempat nak masukkan dalam list..biasa lah, list ini hanya berdasarkan kepada pendapat penulis saja. Pendapat orang lain pasti berbeza-beza..kalau tak puas hati, buat list sendiri...hoho..