(EDISI WOW) Kucing ini bakal pecah rekod sebagai kucing tertua...berapakah umurnya? | Boros Di Aralom

Jumaat, 6 September 2013

(EDISI WOW) Kucing ini bakal pecah rekod sebagai kucing tertua...berapakah umurnya?

Seekor kucing betina bernama Cola ini bakal memecahkan rekod dunia Guinness apabila ia menyambut hari jadinya yang ke 28 tahun tidak lama lagi. 
Cola si kucing tua
Menurut pemilik kucing ini, Mary Goldsmith yang berumur 66 tahun, rahsia kucingnya ialah sentiasa diberi kasih sayang dan perhatian. Menurut Mary lagi, Cola yang berasal dari Orpington, Kent, dilahirkan pada tahun 1985. Sekiranya ukuran ini direkodkan dalam buku rekod Guinnes kelak, maka Cola akan mengambil alih pemegang rekod kucing paling tua di dunia. Sekarang ini, umur kucing paling tua yang direkodkan oleh Guinnes adalah milik Pinky yang berumur 23 tahun dari Kansas, USA. Pinky dilahirkan pada tahun 31 Oktober 1989.

Tiada ulasan: