Boros Di Aralom: September 2013

Isnin, 30 September 2013

Ini sebabnya kenapa buah dada teman anda lebih besar

Ingin memiliki buah dada yang lebih besar? Mungkin ini boleh membantu...dan kalau anda jeles buah dada rakan anda lebih besar, cara ini juga boleh membantu kantoikan dia...hohoho



Haha...agaknya wanita tu akan terajang wanita topi putih tu tak? 

Ramai wanita yang memakainya. Bukan sekadar nak 'seksi'kan diri tapi juga sebagai perlindungan payudara.. :)

Aaron Aziz meninggal? Siapa punya kerja sebar fitnah ni?

Agak terkejut juga tadi bila kecoh dengan berita Aaron Aziz meninggal. Tapi syukurlah, berita itu hanyalah berita palsu yang diada-adakan oleh segelintir pihak sebagai cara nak jadi tumpuan dalam dunia siber...


Menurut berita fitnah itu, Aaron Aziz dikatakan mengalami kemalangan ketika sedang bermain luncur salji di Zermat Ski Resort, Switzeland. Eh, bila pula AA pergi sana? bukan kah sekarang dia berada kat Doha...tengok lah instagram Aaron Aziz ni..

Instagram Aaron Aziz
Berita memfitnah pasal hidup mati ini bukan perkara main-main. Silap haribulan nanti si penulis kena saman. Dengar kata, Aaron Aziz sekarang sedang buat perhitungan sama ada nak saman pemilik laman web Global Association News atau tidak. Menurut sumber, laman ini berpangkalan di luar negara.

Ibu-ibu ini berbogel untuk kalendar sebagai cara meningkatkan kesedaran kanser payudara..wow!

Memang berani dan memang terlebih sudah!! Mereka ini hanyalah ibu-ibu biasa yang sanggup bergambar bogel untuk meningkatkan kesedaran kanser payudara di kalangan masyarakat. 















Semua gambar kalendar kat atas tu boleh dicari kat www.brcababes.com. You know what! Saya lebih suka baca kisah para 'breast cancer survivors' kerana kisah mereka lebih inspiring. 

Apa pula pengakuan yang nak dikongsikan oleh ibu ini mengenai DUMEX?. Terjah..

Ahad, 29 September 2013

Reaksi terkejut badak seekor haiwan liar

Bila haiwan ini dikejutkan...maka reaksinya memang mengejutkan..hohoho..lihat foto lawak bergerak kat bawah ini..

Lawak ker? ok lah...memang tak lawak pun..

Ini dia foto bergerak paling rasis

Foto bergerak paling rasis....tengok lah


Hohoho...tak lah rasis sangat...fruit ninja versi real life punya..hehe
Eh..korang dah cuba pandu uji Ford Fiesta tak? yang boleh parking sendiri tu...cuba lah

Free Search Engine Submission
Submit your site to Google, Yahoo & Bing - Free!

Sabtu, 28 September 2013

Adam tak mahu Fiza berlakon adegan sentuh-sentuh

Dah kahwin, kena patuh cakap suami..ini dia antara peraturan baru Fiza Elite selepas berkahwin dengan Adam yang dah makin warak.

Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia, Adam (AF2) tidak menghalang isterinya Fiza (Elite) untuk meneruskan kerjaya lakonannya pada masa akan dengan syarat Fiza perlu menjaga batas-batasnya sebagai seorang isteri.

"Dia boleh berlakon, tak ada masalah. Cuma kena jaga batas-batas seperti tidak boleh melakonkan babak bersentuhan, pegang-pegang. Dia boleh teruskan kerjaya dia dan saya akan tumpukan pada pusatan rawatan saya iaitu Nur Salam", kata Adam ketika ditemui sejurus usai majlis ijabkabul bertempat di banggunan Jabatan Agama Islam Selangor, semalam.

Pasangan ini sah sebagai suami isteri dengan hanya sekali lafaz kira-kira jam 10.30 pagi, semalam

Dalam pada itu Adam menjelaskan majlis pernikahan mereka bukanlah dibuat dalam keadaan tergesa-gesa. Sebaliknya mereka telah membuat persiapan sejak bulan Ramadan lalu. Namun berita mengenai pernikahan mereka terdedah beberapa hari sebelum majlis dilaksanakan. 

"Kami bukan tergesa-gesa. Persiapan kami nak kahwin dah dibuat sejak bulan puasa lalu. Cuma baru beberapa hari ini orang baru dapat tahu. Patutnya kami nak bernikah sama dengan tarikh ulang tahun kelahiran saya iaitu pada 19 September lalu. Tapi banyak urusan yang kami perlu selesaikan. 

Sebenarnya kalau diikutkan, dua hari saya jumpa Fiza saya dah terus ajak dia nikah", dedah Adam. 

Bercerita lanjut mengenai hal itu, penyanyi yang popular dengan lagu 'Jatuh' ini berkata, setelah lama todak berhubung, dia mula memberanikan diri untuk mennghubungi Fiza apabila terpandang status di BB pin bekas kumpulan Elite itu sudah bertudung. 

"Sebelum ni memang saya pernah jumpa dia di acara hiburan. Tapi masa tu dia belum berhijab lagi. Ketika tu kami mula tukar BB pin. Selepas lama tak berhubung, alih-alih sebelum bulan puasa lalu saya nampak di status BB pin dia, yang dia dah berhijab.  

" Saya ajak dia berjumpa dan kali pertama kami di Kota Damansara, selepas solat Tarawih. Sejak pertemuan itu, saya terus cama rindu, angau dan saya asyik terbayang-bayang wajah Fiza. Semasa kali kedua saya jumpa dia, saya nyatakan hasrat saya nak menikahi dia. Dia pun tersenyum-senyum", katanya yang turut terpikat dengan kelembutan dan ketegasan isterinya itu terutama dalam hal menguruskan anak-anak.

Adam juga memberitahu pada Aidilfitri lalu dia ada membawa Fiza pulang ke Sabah dan diperkenalkan kepada keluarga, ternyata keluarganya sangat menyenangi kehadiran Fiza. 

Ditanya mengenai tanggungjawabnya sebagai bapa segera kepada dua cahaya mata Fiza (hasil daripada perkahwinannya sebelum ini), Adam berkata dia tidak mempunyai masalah kerana sudah terbiasa dengan kanak-kanak. Ini kerana jarak di antara dia dan adik-diknya agak jauh, jadi selain sebagai abang ada ketika dia juga sebagai ayah.

Mengenai perancangan bulan madu, setakat ini mereka belum memikirkan destinasinya. Manakala untuk menimang cahaya mata sendiri Adam hanya menyerahkan kepada Allah. Tetapi dia dan isterinya tidak menolak jika mereka dikurniakan zuriat dalam masa terdekat. 

Anda boleh baca keseluruhan artikel ini di MalaysianDigest.


Jumaat, 27 September 2013

Senarai idea template blog yang kemas dan cantik

Bosan dengan template atau theme blog anda? Di sini terdapat beberapa senarai template blog yang cantik, kemas, dan teratur untuk anda pilih. 
Top Noch


Color Vector


Date Alive


Urania


Flore


Exciting Amusement

Kalau korang nak tengok senarai template blog yang lagi banyak, layari saja laman web btemplates.com yang menawarkan beratus template blog. Jangan risau, anda boleh dapatkan template blog itu percuma jer. Sekarang tak payah lagi pilih template kat dashboard blogger yang membosankan tu...hohoho

Anyway, masing-masing ada selera mereka sendiri dengan template blog.

Sekian. 

Ini jawapan Fida Ibrahaim apabila dituduh lari dari set penggambaran..panasss

Beberapa hari lalu, timbul lagi satu kontroversi panas yang mengaitkan pelakon dan penyanyi, Fida Ibrahim. Fida dikatakan lari dari set penggambaran kerana merasa tersindir dengan skrip lakonan dan tidak selesa dengan penginapan yang disediakan kru produksi. 
Fida Ibrahim
Merasa diri difitnah, Fida lantas membalas tuduhan tersebut dengan memberikan kenyataan berikut:- 
"Saya tidak dapat terima cara yang dikendalikan oleh produksi itu. Sudah beberapa kali pengurus saya berbincang dengan penerbit produksi itu, tetapi tidak diendahkan," katanya.

Jelas Fida lagi, dia kesal apabila produksi itu tidak menjaga kebajikan artis dengan memaksanya bersama beberapa pelakon lain menjalani penggambaran di kawasan merbahaya.

"Mereka memulakan penggambaran di lokasi yang tidak dimaklumkan dan kami terpaksa meredah sungai, tak ikut 'track' hutan, sehingga kami hampir jatuh tebing.

"Bagaimana kalau kami cedera dan tidak boleh berlakon kerana terlibat dalam kemalangan?," katanya yang sangat tidak berpuas hati dengan pengurusan produksi itu.



Selain itu, Fida juga menafikan bahawa dirinya berlagak diva dengan memberi jawapan berikut:-
"Saya bukanlah mengharapkan bilik mewah dan penempatan yang terlalu selesa, tetapi bayangkanlah apabila penginapan yang disediakan harus dikongsi seramai itu?

"Adakah salah saya mahukan hak saya dan sedikit keselesaan buat artis lain?," sangkalnya kembali.

Mengulas dakwaan mengenai sikapnya yang berlagak seperti diva, Fida bagaimanapun menganggap tuduhan itu sangat melampau.

"Saya tidak bertindak melampau atau mahukan tempat yang mewah dan selesa, namun saya tahu apa hak saya dalam sesebuah produksi.

"Bagi saya ia merupakan fitnah yang tidak berasas dan membuatkan kredibiliti saya benar-benar tercalar," katanya yang turut membawa isu itu kepada Seniman. - SinarHarian



Harap Fida dan pihak produksi berkaitan dapat menyelesaikan kemelut ini agar tidak menjadi 'unfinish business' kelak.

Idea blogging blogger ini simple tapi bermakna

Terdapat banyak jenis idea blogging yang kita boleh pilih. Contohnya berblog mengenai profesyen, tentang sebuah novel, tentang sebuah permainan video, atau tentang sebuah produk, dan sebagainya. Tapi bila dah banyak idea blogging yang kita dapat, ia akan buat otak jadi kusut. Blog yang dibuat pun jadi rojak macam blog saya ni lah..tapi saya tak kisah pun. Rojak pun sedap dimakan juga..hehe..

Tapi ini ada satu blog unik yang saya nak kongsi. Mana lah tau blog ini boleh memberi anda ilham berblogging nanti. Blog ini memang simple tapi bermakna. Korang tau tak, pertama kali saya datang ke blog dia, saya terus tertarik. Bukan sebab bloggernya hensem, in fact, bloggernya dah berusia sikit..huhu..tapi  kerana idea bloggingnya yang unik dan bersahaja.

Blog yang saya maksudkan ialah Blog Begins At Forty. Setiap hari blogger ini akan ambik gambar muka seriusnya yang berlatarkan sesuatu tempat atau benda. Kemudiab dia cerita dengan ringkas jer. Perkara sama ni dia buat tiap-tiap hari sejak 2009. Wow..dah hampir lima tahun..jadi, kalau nak tengok perubahan kulit muka tu memang nampak lah perubahannya walaupun belum berapa ketara...hohoho

Blogger dengan nama timangan uncle gedek ini suka pakai hitam. Kalau tengok gambar dia, memang serius walaupun dia cerita benda yang melucukan. Mungkin itu memang dah tema entri dia. Jadi,  korang rasakan lah sendiri keunikan blog uncle gedek ni dan lihat idea bloggingnya macam mana. Follower dia pun dah ramai tu..

Menangkap gambar potret muka sendiri setiap hari dan menterjemahkannya sebagai satu entri blog memang satu idea yang simple tapi cukup bermakna. Saya adalah silent reader blog dia, saya harap dia akan terus buat entri macam tu. Mudah-mudahan...


Sekian dan happy blogging semua..

Wow..gambar-gambar wanita berotot yang hot

Bila wanita bina badan, maka beginilah keadaan tubuh mereka yang berotot besar macam lelaki..


















Yaii...tak tercabar ker para lelaki..

Khamis, 26 September 2013

Tak lawak..rupa anjing bila ada kening

Anjing memang secara naturalnya tidak mempunyai kening seperti manusia. Jadi bagaimanakah rupa anjing bila ada kening palsu? 
























Hoho..sekadar perkongsian santai untuk merelaks minda kita..

Gambar pernikahan Adam AF2 dan Fiza Elite

Tahniah diucapkan kepada pasangan sejoli, Adam AF2 dan Fiza Elite yang selamat diijab kabul dengan sekali lafaz pagi tadi. Mereka melangsungkan majlis akad nikah di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Shah Alam. Berikut antara gambar-gambar sekitar majlis pernikahan Adam AF2 dan Fiza Elite.









Semoga rumah tangga yang dibina kekal bahagian sehingga ke akhirat. 

P/s: Adam makin warak nampaknya...

Sumber gambar dari twitter Media Hiburan 


Bekas Menteri Besar Kedah meninggal, Al-Fatihah

ALOR SETAR: Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Seri Azizan Abdul Razak meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, jam 11.15 pagi tadi.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Besar, Datuk Muhkriz Mahathir. 
Ketika itu Mukhriz berucap pada majlis perasmian mesyuarat agung Persatuan Peladang Kawasan (PPK), di sini. 
Bekas menteri besar kedah

Semalam, Azizan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau dilaporkan dalam keadaan kritikal, selepas mengalami komplikasi jantung yang serius dipercayai akibat jangkitan kuman.

Azizan, 69, yang bergantung sepenuhnya kepada mesin bantuan pernafasan sejak seminggu lalu, dikatakan pengsan selepas serangan jantung pertama kira-kira jam 3 pagi semalam dan kini dipantau rapi oleh doktor. 

Isterinya, Puan Seri Faezah Sheikh Hamzah, mengakui kesihatan Azizan semakin tidak stabil sejak seminggu lalu sehingga memaksanya bergantung kepada mesin bantuan pernafasan.

Pada 9 Mei lalu, Azizan menjalani pembedahan di Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi memotong kedua-dua belah kakinya akibat jangkitan diabetes selepas dipindahkan dari Kedah Medical Centre (KMC), di sini. 
Beliau yang mempertahankan kedudukan sebagai ADUN dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu menerima rawatan lebih tiga bulan di HPP, sebelum dipindahkan ke HSB mulai 13 Ogos lalu. - Bharian

Kurang Profesional, Fida Ibrahim Tinggalkan Lokasi Penggambaran kerana terasa disindir

Tak habis-habis gosip pasal Fida ni yer..dulu dia dikritik pasal buat muka masam waktu diundang ke dalam satu event, lepas tu timbul lagi kontroversi pasal pakaian ketat. Kini tersebar lagi berita pasal dia meninggalkan set penggambaran hanya kerana merasa diri tersindir dengan skrip lakonan. Bacalah laporan mStar ini.
Fida
Penerbit telefilem Kampungku dan Aidiladha iaitu Hazmimi Johar kesal dengan sikap pelakon Fida Ibrahim yang telah menimbulkan masalah termasuklah meninggalkan set penggambaran drama tersebut di Baling, Kedah pada Ahad lalu.


Hazmimi yang juga Presiden Persatuan Pertubuhan Kebajikan Artis-Artis Pelapis (PERKAP) berkata, pelakon itu berbuat demikian gara-gara tidak berpuas hati dengan adegan akhir telefilem berkenaan apabila terdapat skrip yang dikatakan cuba menyindirnya.

"Dia meninggalkan set pada hari terakhir penggambaran drama berkenaan kerana mendakwa terguris hati dengan skrip lakonan Syed Nahar Syed Mokhtar yang didakwa menyindirnya.

"Saya tidak faham dengan sikap dia kenapa perlu terasa dengan skrip berkenaan kerana ia hanya lakonan. Perbuatannya telah menyusahkan semua krew produksi," jelasnya. 

Telefilem Kampungku dan Aidiladha itu diarahkan oleh Shuaimi Lua Abdullah dan diterbitkan oleh Langkah Karya Sdn Bhd untuk siaran bersempena Hari Raya Aidiladha di TV3.


Jelas Hazmimi, Fida sepatutnya tidak merungut apabila penggambaran hampir selesai sedangkan skrip berkenaan sudah diberi lebih awal untuk dibaca dan dibuat kajian.

Malah katanya, bukan sahaja skrip tetapi pelakon tersebut turut mempersoalkan lokasi penggambaran selain mendakwa diberi tempat penginapan yang tidak selesa.

Dia juga seharusnya sedar, lokasi penggambaran itu diadakan di kawasan pinggir bandar yang tidak mungkin mempunyai hotel bertaraf lima bintang.

"Suka atau tidak dia telah menandatangani kontrak untuk berlakon dalam drama berkenaan dan saya percaya, dia seharusnya sudah memahami perjalanan skrip itu.

"Apa yang berlaku jelas menunjukkan dia tidak membaca skrip sebelum ini dan cuba menyalahkan orang lain," kata Hazmimi.

Malah ujarnya, Fida juga sebenarnya sudah bercadang meninggalkan set pada hari sebelumnya tetapi setelah dipujuk oleh krew produksi dia membatalkan hasrat tersebut.

Dalam perkembangan sama, Hazmimi turut berasa pelik apabila Fida merungut tidak boleh bekerja dengan Shuhaimi Lua yang disifatkan sebagai pengarah baharu serta kurang berpengalaman. 

sumber : mStar online

Rabu, 25 September 2013

Pelatih PLKN dibunuh kerana potong barisan

Seorang pelatih PLKN di kem Muadzam Shah, Pahang,  dibunuh ketika berada di bilik mandi pada Ahad lalu. Menurut laporan, mangsa dikatakan memotong barisan semasa sarapan pagi dan tindakannya itu menyebabkan beberapa pelatih lain kurang senang.

Mangsa bernama Muhammad Suhaimi Norhamidi ditemui di bilik mandi kem tersebut pada jam 12.04 pagi dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal ketika tiba di Hospital Muadzam Shah.


Menurut laporan lagi, terdapat tanda kecederaan yang dpercayai disebabkan oleh objek tumpul di bahagian belakang telinga mangsa dan menyebabkan kecederaan dalaman di bahagian otak.

Ekoran daripada kejadian tersebut, tiga pelatih PLKN telah ditahan untuk siasatan lanjut.


Fiza Elite kahwin Adam AF2

Adam AF2 dan Fiza Elite memilih tarikh 26 September 2013 untuk mengikat tali perkhawinan di Pejabat Jabatan Agama Islam Selagor (JAIS) Shah Alam. 


 


Adam, 29,  menempah nama dalam industri hiburan tanah air selepas menang tempat ke-3 dalam program Akademi Fantasia musim kedua pada tahun 2004. Manakala Fiza,33, pula merupakan bekas anggota kumpulan Elite serta aktif dalam bidang lakonan. 

Pada tahun 2006, Fiza pernah mendirikan rumah tangga bersama Ahmed Farriq Zainul Abidin, 33, tetapi bercerai pada tahun 2011. Hasil perkhawinan pertama ini, Fiza dikurniakan dua orang anak perempuan iaitu Ferra Aryana Ahmed Farriq, 6, dan Feeya Adyrra Ahmed Farriq,5.