Memang terharu bila baca kisah anak buta yang menjaga ibunya yang mengalami sakit tua. Walaupun dia buta tetapi tugas menjaga ibunya yang sakit tetap dilakukan dengan penuh kasih dan taat.
Hindun sedang mengusap dahi ibunya |
Bukit Mertajam: Perasaan kasih dan taat seorang anak membuatkan Hindun Nasir, 58, yang cacat penglihatan sedaya upaya menguruskan ibunya, Halijah Abdullah, 90, yang kini terlantar akibat sakit tua sejak tiga bulan lalu.
Tugas itu terpaksa dipikul Hindun seorang diri selepas adik lelakinya yang menjadi tempat bergantung selama ini menghilangkan diri selepas berkahwin dengan wanita pilihannya. Dalam keadaan matanya buta, Hindun dari Kampung Pertama, Permatang Pauh di sini, terpaksa meraba-raba membantu menguruskan Halijah termasuk menyuapkan makanan dan memandikan ibunya itu.
Hindun berkata, sebelum ini, dia banyak bergantung kepada adiknya, Rahmat Nasir, 53, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan bagi menguruskan keperluan ibu mereka, namun adik bongsunya itu gagal dikesan sejak lebih tiga bulan lalu kerana dipercayai mengikut isteri yang baru dinikahinya.
“Walaupun tidak dapat melihat riak wajah ibu, saya dapat merasakan kesedihannya yang kerap meracau dan tidak henti-henti memanggil nama Rahmat kerana terlalu rindukan adik yang selama ini menjaga kami berdua. - myMetro
Lagi info menarik:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan