Amah dari Indonesia kelar anak majikan sebelum membunuh diri | Boros Di Aralom

Rabu, 26 Februari 2014

Amah dari Indonesia kelar anak majikan sebelum membunuh diri

Dah macam-macam kes kelar mengelar yang terjadi sejak akhir-akhir ini. Ada bapa kelar anak sendiri dan ada juga anak kelar bapa sendiri. Terbaru, seorang amah pula yang naik gila dengan mengelar kedua-dua anak majikannya yang masing-masing baru berusia 18 bulan dan 5 tahun sebelum mengelar dirinya sendiri sampai mati.
Mayat mangsa kelar sedang dikeluarkan dari rumah 
SUNGAI BULOH – [DIKEMASKINI] Tidak tahu di mana silapnya, seorang pembantu rumah warga Indonesia membunuh dua anak majikannya dengan mengelar leher mangsa sebelum membunuh diri, di Taman Sri Putra, dekat sini, petang semalam. 
Keluarga itu meninggalkan kanak-kanak itu dibawah jagaan orang gajinya selepas keluar menguruskan restoran  kira-kira jam 5 petang Kejadian malang itu hanya disedari selepas keluarga mangsa pulang ke rumah kira-kira jam 7.30 malam. 
Difahamkan nenek  mangsa memanggil kedua-dua cucunya namun tidak berjawab sebelum terkejut menemui mayat cucunya  berusia lima tahun dan pembantu rumah dibilik ditingkat bawah manakala seorang lagi ditingkat atas berlumuran darah. 
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh,Supritendan Junaidi Bujang berkata,polis  yang tiba mengesahkan ketiga-tiga mangsa mati akibat dikelar selepas menemui dua bilah pisau di berlumuran darah berhampiran mayat pembantu rumah. Menurutnya suspek dipercayai membunuh Melvin Selvan Joseph, 1 tahun 6 bulan  terlebih dahulu sebelum membunuh abangnya  Kuay Jia Hiong, 5 dan kemudian terus mengelar dirinya. 
“Mayat Melvin ditemui di atas katil dengan tangan kanannya masih memegang  alat kawalan TV. 
“Pembantu rumah itu dikenali sebagai Agnes, 30, berasal dari Indonesia tidak mempunyai permit  dan sudah bekerja dengan keluarga berkenaan sejak lebih setahun yang lalu,” katanya. 
Difahamkan tiada sebarang kesan pecah masuk dirumah itu yang boleh mengaitkan kes berkenaan dengan aktiviti jenayah lain. Selain mangsa, rumah berkenaan turut  didiami oleh   ibu bapa, nenek mangsa dan dua kakak mangsa.
ANGGOTA polis menjalankan siasatan di rumah mangsa ( Foto: myMetro)
“Siasatan mendapati keluarga itu tidak mempunyai masalah dengan suspek, sebaliknya wanita itu dikenali dengan sifat penyayangnya,” katanya. Menurut Junaidi kes diklasifikasikan sebagai bunuh dan bunuh diri. Mayatnya dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat. - Sinar Harian
Lagi Info Menarik:


Tiada ulasan: