Apa yang suami ini lakukan terhadap isterinya akan buatkan anda takut untuk berkhawin | Boros Di Aralom

Sabtu, 1 Februari 2014

Apa yang suami ini lakukan terhadap isterinya akan buatkan anda takut untuk berkhawin

Sungguh malang kalau dapat suami macam ni..dah lah tak bertanggungjawab, siap belasah isteri lagi..kes-kes macam ni lah yang buatkan ramai wanita tak mau berkhawin..kalau si wanita itu sudah boleh menampung diri sendiri, memang ramai yang akan memilih untuk membujang jika tidak mendapat lelaki yang menepati ciri-ciri idaman mereka...tapi bukan semua lelaki tu bersikap macam 'setan' yer..ada juga yang bersikap macam 'malaikat'.
Mangsa sedang menyusukan anak bongsunya (Foto: myMetro)
Kota Bharu: Sudahlah dipukul dengan menggunakan bahagian belakang kapak di kepala, lehernya pula dirantai dan dikunci dengan mangga seperti hamba. Begitu nasib seorang suri rumah bersuamikan 'lelaki gila' berusia 26 tahun yang menghukumnya hanya kerana gagal memberikan wang seperti yang diminta dalam kejadian di Kampung Temusu, Limbat di sini, semalam.  
Dalam kejadian jam 7 petang itu, mangsa berusia 21 tahun hanya dapat diselamatkan selepas bapa mangsa menghubungi polis.  Ibu kepada dua anak termasuk seorang anak perempuan yang baru berusia 50 hari mengalami luka di kepala, leher serta lebam di bahagian badan dan menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian. Bagaimanapun, suaminya melarikan diri apabila menyedari kehadiran polis. Mengimbas detik cemas itu, mangsa berkata, sebelum kejadian, suaminya yang baru pulang ke rumah meminta wang daripadanya.  
Katanya, dia memberitahu suaminya dia tidak mempunyai wang sebelum diarahkan supaya mencari wang untuknya.  
"Saya pergi ke rumah rakan untuk meminjam wang, namun tidak berjaya kerana rakan juga tidak mempunyai wang.  "Kerana ketakutan, saya menghubungi bapa untuk meminta pertolongan sebelum pergi ke rumah ibu saudara yang terletak berhampiran dengan rumah rakan itu," katanya ketika ditemui di HUSM, di sini hari ini.  
Menurutnya, suaminya tiba-tiba bertindak menyerangnya dengan kapak sebelum belakang senjata tajam itu mengenai kepalanya.  "Saya nekad melarikan diri menerusi pintu dapur rumah itu, namun ditendangnya sehingga terjatuh. Saya bangun dan lari masuk ke dalam rumah sebelum terjun menerusi tingkap rumah itu untuk menyelamatkan diri.  
"Dia bagaimanapun berjaya menangkap saya dan mengheret saya balik ke rumah sebelum merantai leher dengan rantai besi dan dikunci dengan mangga untuk mengelakkan saya melarikan diri," katanya.  Menurutnya, bapanya yang mengetahui kejadian itu menghubungi polis untuk meminta bantuan.  
"Dia melarikan diri sebelum polis tiba," katanya yang berkahwin dengan suaminya sejak tiga tahun lalu.  Mangsa berkata, suaminya sudah empat bulan tidak bekerja dan dia yang menanggung keluarga dengan mengambil upah melakukan pelbagai pekerjaan ringan.  
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Azham Othman suspek kini giat diburu untuk membantu siasatan.  "Polis sedang memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. Kita minta dia menyerah diri.  
"Siasatan awal suspek mempunyai dua rekod jenayah membabitkan dadah dan ugutan jenayah" katanya. - myMetro

Kesian pula dengan mangsa. Kalau direnungkan, mangsa ini mempunyai semangat dan kekuatan jiwa yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan si suami. 

Saya teringat pula akan pengakuan seorang wanita 50an..katanya, dulu dia pernah berfikir..dia sudah ada kerja tetap dan sudah mampu menjaga diri dan tidak begitu memerlukan lelaki dalam hidupnya. Katanya lagi, kalau dia tidak menemukan lelaki yang tidak merokok, tidak minum arak, dan mempunyai pegangan agama yang kuat, maka dia rela membujang sampai ke akhir hayat. Tapi syukurlah, dia berjaya menemukan lelaki idamannya itu dan kini hidup bahagia. 

Kesimpulannya, hati-hati bila sampai ke urusan soal pasangan...ingat saja lagu Syorga dan Neraka dari Hetty Koes Endang tu..jadikan kes ini sebagai satu pengajaran untuk kita semua


Pikir-pikir,
memang kalau dipikir
betul nenek bilang

Nasehat berguna bagi kita semua
dalam pergaulan
Apalagi kalau sampai keurusan
soal pacaran
Salah-salah memilih
menyesal sampai ubanan

Reff:
Soal cinta sepanjang umur dunia
tak ada habisnya
Kisah cinta yang manisnya kayak madu
yang pahit bikin sengsara

Cinta yang suci membuat engkau hidup
bagai di syurga
Cinta yang buta bikin hidup sengsara
bagai di dalam neraka

Surga ada didepanmu (depanmu, depanmu)
Neraka di belakangmu (belakangmu, belakangmu)
Eh..eh jangan terburu-buru (jangan buru-buru)
kalau memilih pacarmu

Pikirlah dulu (Pikirlah dulu)
neraka atau surga yang engkau mau
semua ada disana

Tiada ulasan: