Kisah wanita yang berkawin dengan lelaki 30 tahun lebih muda ini membuktikan bahawa cinta sejati itu wujud | Boros Di Aralom

Rabu, 5 Februari 2014

Kisah wanita yang berkawin dengan lelaki 30 tahun lebih muda ini membuktikan bahawa cinta sejati itu wujud

Memang banyak wanita yang berkhawin dengan lelaki yang jauh lebih muda daripadanya. Di Malaysia sendiri kita boleh melihat hal ini banyak berlaku terutamanya di kalangan artis. Malah Nabi sendiri pun bekhawin dengan wanita yang lebih berumur daripadanya. Jadi kalau anda tergolong dalam golongan ini, maka tak perlu lah kecil hati bila dikata orang.

Mulut orang ni memang sukar nak dikawal apa lagi kalau orang itu jenis yang banyak chanel mengalahkan Buletin Utama TV3 a.k.a suka mengumpat. Dan memang tidak dinafikan bahawa masih ramai di kalangan masyarakat yang memandang serong terhadap pasangan yang mana si wanita jauh lebih tua berbanding dengan si lelaki. Kalau setakat 5 hingga 10 tahun macam Abby Abadi dan Rozita Che Wan itu, masih tak berapa ketahuan..lagipun mereka artis dan masih 'bergetah'...tapi kalau orang biasa dan beza sampai 30 tahun, memang akan menimbulkan pelbagai reaksi.

Namun kisah percintaan antara Marilyn dan William ini membuktikan bahawa cinta itu tidak mengenal usia dan tidak bersyarat. 


Marilyn mula menjalinkan hubungan cinta dengan William ketika lelaki itu berusia 16 tahun. Sekarang ini, Marilyn sudah berusia 54 manakala William yang kini menjadi suaminya itu berusia 24 tahun.

William mengatakan yang cinta mereka berlaku dengan pantas. Ianya adalah cinta pandang pertama. Ketika itu Marilyn sedang sakit dan terlantar di atas katil. Kemudian William melihatnya dan menyapa. Dari situ, cinta mereka berkembang.

Pasangan ini sering menjadi sasaran persepsi negatif di kalangan orang terdekat mereka. Malah rakan-rakan William yang sebaya dengannya mula meninggalkannya satu persatu.

Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk berpindah ke tempat lain yang masyarakatnya lebih terbuka. Mereka kini menetap di Brighton dan merasa selesa tinggal di sana.

Sumber: Mirror






Tiada ulasan: