Pasaraya Giant jual roti berulat dan berkulat? Seorang pengguna Facebook telah memuat naik beberapa gambar roti yang sudah berkulat dan berulat ke laman Facebook. Menurutnya, roti tersebut telah dibeli oleh suaminya di sebuah pasaraya Giant cawangan Kelombong, Sabah, pada 7 Februari lepas.
Pengguna bernama Bie Jackson telah memuatnaik gambar roti berkulat tersebut di Facebook dan kini mendapat hampir 3000 Share. Menurut Puan Bie, dia bernasib baik kerana tidak terus memakan roti tersebut dan mengeluarkan sosejnya terlebih dahulu.
Penemuan ini sama sekali telah menjatuhkan reputasi pasaraya Giant yang sehingga kini masih lagi membisu mengenai isu ini.
Pasaraya Giant Kelombong, Sabah |
Sumber: Says
Fuh!! lepas ni kena hati-hati bila membeli makanan berbungkus bukan saja dari pasaraya malah juga dari mana-mana kedai yang ada menjual makanan. Dulu pernah juga kawan saya seorang ni pergi beli kepak ayam panggang..dalam dia syok-syok makan sambil memandu, tanpa disedari ada satu kepak tu sudah berulat..eeew!!
Lagi info menarik:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan