Dapat Hidayah! Gambar Rebecca Al-Islam yang kini berhijab sejak menunaikan ibadah Umrah di Mekah | Boros Di Aralom

Khamis, 13 Februari 2014

Dapat Hidayah! Gambar Rebecca Al-Islam yang kini berhijab sejak menunaikan ibadah Umrah di Mekah

Satu lagi perubahan positif di kalangan artis tempatan. Walaupun banyak isu kontroversi yang melanda artis ini termasuklah isu saman Erma Fatimah, namun Rebecca sebagai artis pastinya mempunyai jalan tersendiri untuk menyelesaikan isu tersebut dengan cara baik. Terkini, dia dikatakan sudah pun berhijab sejak menunaikan Umrah. 
PETALING JAYA: Pelakon Rabecca Nur Al-Islam sudah pun berhijab sejak menunaikan ibadah Umrah di Mekah pada 31 Januari lalu bersama suami serta 38 ahli keluarganya yang lain. Rabecca, 28, berkata, sepanjang berada di Mekah, dia cukup selesa dengan pemakaian hijabnya sehinggalah ketika pulang ke tanah air, dia nekad mahu kekal dengan imej tersebut. 
"Sepanjang menunaikan Umrah, saya rasa cukup selesa dengan berhijab dan ketika pulang ke tanah air pada Isnin lalu, rasa pelik pula apabila tidak berhijab. 
"Kemudian saya nekad mahu kekal berhijab. Lagipun memang dari dahulu lagi saya berniat mahu menutup aurat. Alhamdulillah, Allah memberi hidayah kepada saya ketika di Mekah," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada petang Rabu. 

Tambah Rabecca, dia kini berasa lebih tenang selepas melakukan penghijrahan dalam hidupnya selain sudah menutup aurat. Dalam pada itu dia juga bersyukur apabila suaminya turut memberikan sokongan terhadap perubahannya dalam menjadi seorang wanita Muslim yang lebih baik. 
Sementara itu, ditanya pula mengenai komen-komen negatif beberapa pihak yang menyifatkan dia sengaja mahu menunjuk-nunjuk kerana memuat naik video-video dia mengaji di Mekah, Rabecca berkata, dia tidak kisah dengan kritikan tersebut Kata Rabecca, tujuan dia memuatkan pelbagai video dia sedang mengaji kerana begitu teruja apabila dapat melakukannya di Mekah, di mana tidak semua orang berpeluang berbuat demikian. 
"Sedikit pun saya tidak mempunyai niat mahu menunjuk-nunjuk. Perasaan saya teruja apabila dapat mengaji di Mekah di mana selama ini rutin itu hanya dilakukan di rumah. 
"Rasa teruja itu sama seperti kita bercuti di negara orang, itu sahaja. Bagaimanapun saya langsung tidak kisah dengan kritikan itu kerana sudah lali dengan cemuhan orang," ujarnya. - mstar

Biarlah perubahan itu suatu yang berkekalan. Sebagai artis pastinya perlu kurangkan kontroversi dan tingkatkan prestasi..bak kata Melodi.

Tiada ulasan: