Anda akan lebih menghargai kehidupan anda selepas anda tengok cara hidup penduduk bandar ini | Boros Di Aralom

Rabu, 5 Februari 2014

Anda akan lebih menghargai kehidupan anda selepas anda tengok cara hidup penduduk bandar ini

Kita seringkali mengeluh dan menyalahkan orang lain apabila kita menghadapi sesuatu masalah atau kesempitan dalam kehidupan. Pada hal, banyak lagi orang lain yang mempunyai kehidupan yang lebih teruk. 

Hong Kong sememangnya terkenal sebagai bandar paling kaya dan paling padat jumlah pendudukan. Sudah menjadi kebiasaan di bandar, orang kaya senang menjadi lebih kaya, orang miskin pula akan terus terpinggir. Di Hong Kong, jurang antara penduduk kaya dengan penduduk miskin tersangatlah tinggi. Di kala orang kaya duduk selesa di rumah mewah, banyak penduduk miskin yang terpaksa tinggal bersesak-sesak di dalam sebuah rumah apartment. Dan paling menyentuh hati pula bila mereka ini terpaksa tinggal di dalam sangkar seperti binatang. Jangan terkejut..ini adalah kehidupan biasa di Hong Kong.


Mereka yang tinggal di rumah sangkar ini juga dikenali sebagai "cage dogs" kerana mereka tinggal seperti anjing dalam sangkar.

Kebanyakkan dari mereka ini merupakan golongan bekerja yang bergaji  rendah dan tidak mampu membayar sewa tempat tinggal yang lebih besar seperti apartment.

Untuk tinggal di kediaman sangkar seperti ini saja, mereka terpaksa membayar sehingga $200 (sekitar RM600) sebulan. Bayangkan pula berapa kos untuk tinggal di rumah sewa.


Terdapat sekitar 20 sangkar dalam setiap bilik. Biasanya, sangkar-sangkar tersebut akan disusun sehingga 3 tingkat.

Para penyewa sangkar ini juga terpaksa berkongsi dapur, kamar mandi dan tandas.

Kebanyakkan apartmen tidak mempunyai dapur, jadi para penyewa terpaksa membazirkan duit untuk membeli makanan dari luar.

Walaupun ada usaha untuk membina tempat tinggal yang lebih selesa kepada golongan 'cage dogs' ini namun usaha tersebut seakan-akan mustahil dilaksanakan kerana pemilik rumah sewa yang menempatkan sangkar tersebut lebih suka akan keadaan sedemikian. Dengan menawarkan sangkar, pemilik rumah boleh mengaut banyak keuntungan dari penyewa sangkar.

Kehidupan dalam sangkar ini memang susah dan memeritkan. Namun mereka tidak mempunyai banyak pilihan. Jika bukan dalam sangkar, alternatif kedua ialah hidup di jalanan sebagai gelandangan (homeless).

Sekiranya ekonomi negara kita gagal diurus dengan baik dan ditambah pula dengan sikap tamak, masalah rasuah, dan penambahan penduduk yang tidak terancang di bandar, maka tidak hairan suatu hari nanti, akan ada yang tinggal di dalam sangkar seperti ini...atau mungkin dah ada cuma kita tak tahu di mana.

Sumber: amusingplanet

Lagi info menarik:




Tiada ulasan: