Wahai wanita, tahukah anda bahawa anda boleh mengandung tanpa melakukan hubungan intim? | Boros Di Aralom

Isnin, 3 Februari 2014

Wahai wanita, tahukah anda bahawa anda boleh mengandung tanpa melakukan hubungan intim?

Ada tak korang terbaca mengenai kisah Roxana Rodriguez, seorang biarawati atau lebih dikenali sebagai 'nun' di sebuah gereja katolik di Rieti, Italy? Memang sukar untuk dipercaya tapi itulah ceritanya. Betul atau tidak, hanya Tuhan tahu.

Roxana telah melahirkan seorang bayi seberat 9 paun ketika tiba di hospital selepas mengadu sakit perut. Apa yang mengejutkan ialah dia tidak tahu pun yang dia mengandung. Mulanya dia berfikir yang dia hanya mengalami sakit perut biasa sahaja.

Mana mungkin seorang wanita itu bisa mengandung tanpa berlakunya sexual intercourse? Anda mungkin akan terkejut dengan satu kajian ini. Menurut kajian dalam British Medical Journal, satu daripada 200 wanita di Amerika mendakwa diri mereka telah melahirkan anak tanpa melalui sexual intercourse. Ada banyak kes sedemikian seperti yang berlaku dengan Trish Staine, Elizabeth Whitehead, dan Amanda Prentice.

Tetapi kes Roxana ini lebih mendapat perhatian banyak pihak kerana dia adalah seorang nun yang terikat dengan peraturan tertentu dalam kepercayaan agama Katolik. Bagi mereka, hubungan seks di luar pernikahan adalah satu 'dosa besar'. Selain itu, kes Roxana ini juga menjadi bualan selepas satu kes buang bayi yang melibatkan seorang nun belaku di Amerika pada Oktober tahun lalu. Nun tersebut menyatakan kepada polis bahawa dia melakukan hal tersebut kerana takut kedapatan yang dia sudah melakukan hubungan seks.


Walaupun banyak menimbulkan kontroversi, namun ianya tidak menghalang orang ramai untuk menghantar hadiah dan bantuan seperti pakaian dan keperluan kepada Roxana. Bayi tersebut kemudiannya dinamakan sebagai Francis.

Sumber: inquisitr.com

Lagi info menarik:

Tiada ulasan: