Minuman yang berasaskan kopi sememangnya menjadi salah satu kesukaan ramai orang. Malah ada yang tidak boleh duduk diam kalau sehari tak dapat minum secawan.
Namun anda diingatkan supaya lebih berhati-hati dalam memilih jenis kopi yang diminum kerana ketika ini ada satu produk berasaskan kopi yang mula dijual di sekitar Klang yang mengandungi racun Sildenafil dan Sibupralile. Racun Sildenafil ini bertujuan untuk merangsang seks manakala racun Sibupralile pula bertujuan untuk melangsingkan badan.
Para pegawai JKWPKL sedang memeriksa produk berasaskan kopi tersebut |
Walaupun nama atau jenama kopi itu tidak didedahkan ketika ini namun serbuan terhadap premis yang memperoses kopi tersebut sudah pun dilakukan oleh pihak berkuasa Farmasi Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL) dan Jakim.
Sekiranya kopi yang mengandungi racun ini diambil secara berterusan, ia akan memberi kesan buruk kepada hati yang akhirnya akan membawa maut.
Sumber: Sinar Harian
Lagi Info Menarik:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan